Harian Metro

ATASI SAKIT SELEPAS BEDAH

Elak mandi secara berendam, usah ghairah memandu terlalu awal

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Pergerakan fizikal yang ringan dapat membantu peredaran darah, meningkatk­an fungsi usus dan akan membuat pesakit cepat kembali seperti sedia kala

DR R RAMASAMY

Pembedahan caesarean adalah prosedur pembedahan utama yang biasa. Pada peringkat global, kadar kelahiran caesar meningkat sebanyak 18.5 juta.

Di Malaysia, kadar pembedahan caesarean adalah 10 hingga 26 peratus dari tahun 2011 hingga 2015.

Perkara itu yang dikongsika­n Pakar Sakit Berdaftar, Dr R Ramasamy turut menjelaska­n terdapat dua keadaan caesar iaitu pembedahan yang dirancang (elektif) sebelum dijadualka­n bersalin atau kedua, kecemasan kerana komplikasi yang mengundang bahaya kepada ibu, bayi atau kedua-duanya.

Jelasnya, kesakitan pada bahagian pembedahan biasanya berlaku dalam masa 18 jam selepas melahirkan. Ketika ini, ubat penahan sakit mungkin telah habis dan mungkin diberikan “analgesia terkawal pesakit,” di mana ubat sakit dihantar melalui saluran tiub atau dikenali sebagai intraveneo­us (IV).

“Selepas beberapa jam, doktor bius akan menukarkan IV kepada ubat makan untuk kurangkan sakit.

“Pesakit juga akan diberikan suntikan ubat untuk cairkan darah selepas 6 jam dan sarung kaki yang panjang sehingga peha (TED stocking) untuk kurangkan risiko mendapat darah beku di kaki, dan suntikan antibiotik jika perlu,” katanya.

Pakar itu berkata, doktor mungkin akan membuang kateter selepas 12 jam dan bermakna pesakit akan berjalan sekurangku­rangnya ke bilik mandi.

“Pergerakan fizikal yang ringan dapat membantu peredaran darah, meningkatk­an fungsi usus dan akan membuat pesakit cepat kembali seperti sedia kala.

“Elakkan mandi dengan berendam tetapi cukup sekadar lap dengan bersih untuk mengelakka­n risiko jangkitan. Selepas tujuh hingga 10 hari selepas pembedahan mungkin pesakit boleh mandi seperti sedia kala,” katanya.

Ramasamy berkata, pesakit akan mula biasa dengan keadaan tubuh badan setelah pembedahan dan jika tiada sebarang komplikasi, pesakit dibenarkan pulang.

“Pesakit akan diberikan ubat penahan sakit untuk diambil jika ada sakit pada tempat pembedahan. Selain itu pesakit juga akan diberikan suntikan cairkan darah untuk tempoh 10 hari,” katanya.

Tambahnya, ibu yang melalui pembedahan caesarean tidak semestinya perlu melalui cara yang sama untuk proses bersalin seterusnya.

“Ibu boleh memilih untuk bersalin normal (VBAC-Vaginal Birth After Caesarean Section). Doktor akan berbincang mengenai pilihan untuk kelahiran yang seterusnya bergantung pada jenis parut rahim dan rancangan khusus pesakit.

“Terdapat risiko yang sangat rendah bagi parut caesarean anda terkoyak dengan VBAC. Ini dipanggil koyakan rahim. Risiko ini boleh terjadi dalam 0.5 peratus (lima kes untuk setiap 1,000 kehamilan).

“Risiko ini boleh meningkatk­an dua hingga tiga kali ganda bila suntikan ubat bagi mempercepa­tkan proses kelahiran (induce) semasa bersalin. Walaupun risikonya rendah, ia boleh meningkat jika jarak di antara kehamilan anda adalah pendek,” katanya.

Tambahnya, selain dari itu, ibu juga berisiko untuk mendapat masalah uri bawah (plasenta previa) dan uri lekang pramatang (abrupsi plasenta). Sekiranya kedua-duanya berlaku pendarahan tidak terkawal, ia boleh membahayak­an nyawa ibu dan bayi.

“Ia mungkin kedengaran sangat membimbang­kan, namun risiko pemisahan plasenta dan masalah-masalah berkaitan plasenta yang lain adalah sangat kecil. Kebanyakan wanita yang mempunyai jarak yang kecil di antara kehamilan tidak mempunyai masalah apa-apa semasa VBAC.

“Nutrisi ibu juga sering tidak dititikber­atkan kerana kekurangan asid folik boleh menyebabka­n kongenital tidak normal kepada bayi sepeti pertumbuha­n tempurung kepala bayi (anensefali) atau saraf tunjang bermasalah (kecacatan tiub saraf),” katanya.

Saranan bagi yang menjalani pembedahan caesarean:

Penjagaan sekitar bahagian jahitan

Menggalakk­an untuk berjalan di sekitar kawasan rumah dan minum air secukupnya

Tidak mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi.

Mengelakka­n hubungan kelamin.

Mengelakka­n ‘douching’ sehingga enam minggu selepas bersalin.

Tidak dinasihatk­an memandu

Meneruskan penyusuan ibu.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO SUMBER GOOGLE ??
FOTO SUMBER GOOGLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia