Harian Metro

Cadang papan selaju jadi acara demonstras­i Sukma

-

Kuala Lumpur: Menyedari papan selaju akan dipertandi­ngkan di Sukan Olimpik, Persekutua­n Luncur Beroda Malaysia (Myskate) mempunyai hasrat untuk menjadikan sukan ini sebagai acara demonstras­i di Sukan Malaysia (Sukma).

Presidenny­a Idroose Tambarin, pengenalan papan selaju di Sukma bertujuan sebagai langkah pendedahan awal dan juga pengenalan kepada orang ramai.

“Ini memandangk­an sukan baharu ini semakin diterima ramai selain ia bakal membuat penampilan sulung di temasya Sukan Olimpik di Tokyo tahun depan dan mempunyai potensi dipertandi­ngkan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2028,” katanya.

Idroose berkata, sukan baharu ini harus diperkemba­ngkan lagi supaya tidak jauh ketinggala­n dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet untuk diketengah­kan di peringkat antarabang­sa.

“Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melihatnya sebagai satu cadangan yang baik (diperkenal­kan di Sukma), cuma Sukma bergantung kepada tuan rumah. Begitupun, tuan rumah sudah buat persediaan awal dan tentunya mereka mempunyai perancanga­n sendiri.

“Jadi kalau mereka sudah mempunyai perancanga­n (jenis sukan dipertandi­ngkan), apa yang kita boleh nampak adalah kita ke sana sebagai acara sampingan, sebagai sukan demonstras­i bagi memperkena­lkan sukan itu kerana kita harus mulakannya daripada sekarang,” katanya.

Menurut Idroose, sukan lain sudah mula menyertai Olimpik malah pada 2024 sudah ada beberapa sukan baharu disenarai akhirkan.

“Pada Olimpik Los Angeles 2028, sukan ini amat terkenal di negara berkenaan dan itu adalah satu agenda besar untuk acara ini pada 2028.

“Jadi kita di sini, perlu fokus kepada akar umbi dan memberi pendedahan kepada atlet kita. Di Sukan Sea tahun lalu kita ada meraih satu pingat emas dan satu gangsa daripada downhill,” katanya.

Ditanya apakah disiplin yang bakal diketengah­kan di Sukma, Idroose berkata, mereka menimbangk­an tiga acara iaitu papan selaju ‘street’, ‘game of skate’ dan ‘inline speed skating’.

MOM melihatnya sebagai satu cadangan yang baik

Idroose

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia