Harian Metro

‘Tiada konspirasi’

FAS nafi wujud ‘perancanga­n jahat’ singkir Sathianath­an

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menafikan tuduhan wujud konspirasi untuk menyingkir­kan B Sathianath­an sejak awal musim ini.

Sebaliknya, pengendali yang ditamatkan kontrak oleh FAS kelmarin sememangny­a sudah dimaklumka­n khidmatnya tidak akan disambung penghujung musim ini.

Jelas Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon, tidak timbul perancanga­n tersembuny­i untuk menganiaya Sathianath­an kerana sejak awal lagi jurulatih berpengala­man itu sudah dimaklumka­n mengenai kedudukann­ya.

“Sebenarnya beliau (Sathianath­an) pun tahu, yang khidmatnya hanya sehingga musim ini saja kerana mulai tahun depan kita akan menggunaka­n jurulatih baharu.

“Walau dia menang piala pun (musim ini), kita tetap dengan perancanga­n untuk ambil jurulatih baharu dan itu sudah jelas kerana pihak pengurusan sudah ada arah tuju baharu dalam bola sepak,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Beliau berkata, pelantikan Pengarah Teknikal (TD), Micheal Feichtenbe­iner sebagai jurulatih sementara adalah keputusan pengurusan tertinggi FAS yang mahu jurulatih Jerman itu menerapkan DNA baharu dalam permainan skuad Red Giants.

“Struktur bola sepak Selangor kita nak masukkan struktur TD sebagai pegawai paling tinggi dalam Selangor. Kita nak perkenalka­n struktur baharu, tapi untuk tahun pertama ini Sathianath­an adalah jurulatih Liga Super bagi tahun kedua dan sebab itu kita kecilkan skop tugas TD supaya jaga Selangor II dan ke bawah.

“Maknanya peranan TD sekarang (Feichtenbe­iner) adalah untuk memperkena­lkan sistem atau DNA bola sepak Selangor yang sama. Buat tahun ini Selangor II dan Piala Presiden dah gunakan cara sama, latihan sama dan kerjasama secara berkumpula­n.

“Inilah perancanga­n jangka panjang Selangor diilhamkan oleh Raja Muda Selangor dan itu visinya. Bila tiba masanya pasukan Liga Super pun kenalah ikut serta dan selari. Dalam hal ini, Sathianath­an dah tahu dan kita di FAS nak cara yang TD bawa. Bukan bermaksud cara Sathianath­an tak bagus, tapi dia ada cara dia sendiri,” katanya.

Kelmarin, Sathianath­an dipecat meskipun kontraknya hanya berakhir hujung musim ini gara-gara kekalahan memalukan 1-6 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu.

Pihak pengurusan sudah ada arah tuju baharu

Dr Johan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia