Harian Metro

Fayadh watak penting Kedah

-

Kuala Lumpur:

Tonggak muda Kedah, Fayadh Zulkifli diberi pujian atas aksi cemerlangn­ya membantu skuad Helang Merah apabila meraih kemenangan keempat berturut-turut sejak saingan Liga Super disambung hujung Ogos lalu dengan menundukka­n Sabah 3-1, malam kelmarin.

Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak mengakui kemasukan Fayadh pada separuh masa kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu berjaya mengubah keputusan perlawanan yang akhirnya memihak kepada skuad kendaliann­ya.

“Kalau tanya saya mengenai perlawanan, 30 minit pertama bukanlah yang terbaik. Kami lambat panas dan Sabah pula beri tekanan sejak awal. Tapi seperuh masa kedua, kita buat perubahan masukkan pemain baharu yang mainkan peranan berkesan. Saya gembira semuanya ikut apa yang dirancang dan akhirnya keputusan memihak pasukan.

“Fayadh kita tahu pemain muda yang berpotensi. Musim lalu dia banyak bantu pasukan tapi musim ini, awalnya dia tak menyerlah mungkin sebab rehat liga (tangguh bermula Mac berikutan Covid-19) lima bulan di mana dia kurang menyengat. “Tetapi akhir-akhir ini dia kerja keras bersama jurulatih kecergasan melakukan banyak latihan tambahan di waktu pagi dan sekarang dia sedia untuk bantu pasukan. Saya gembira bila dia masuk dan tunjukkan kemahiran serta potensi yang akhirnya mengubah perlawanan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Dalam aksi itu, Kedah yang terpaksa menggunaka­n Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras selaku tuan rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Alor Setar terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Kpah Sherman pada minit ke-26.

Bagaimanap­un, Sabah bangkit dan hanya memerlukan seminit untuk menyamakan kedudukan hasil penyudah pemain import dari Thailand, Dennis Buschening.

Kemasukan Fayyadh pada minit ke-69 menggantik­an Hadin Azman nyata memberi impak positif apabila hanya memerlukan dua minit melakukan bantuan gol kepada Kipre untuk meraih gol kedua sebelum empat minit kemudian dia pula mencetak nama selaku penjaring ketiga pasukan.

Sementara itu, jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto menerima kekalahan itu dan kegagalan anak buahnya mengekalka­n fokus sehingga wisel penamat adalah punca utama kelemahan pasukan.

“Kita pada mulanya main baik pada babak pertama, tetapi selepas memasuki minit ke-60 perlawanan pemain mula hilang fokus. Saya akui kami tak disiplin sehingga tamat aksi 90 minit dan itu kesilapan kami yang perlu diperbaiki untuk aksi berikutnya,” katanya.

 ??  ?? FAYADH (kanan) bantu pasukan tewaskan Sabah.
FAYADH (kanan) bantu pasukan tewaskan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia