Harian Metro

JDT abadi nama Figueroa

- Oleh Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Nama legenda Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa yang kini pengurus kelab berkenaan diabadikan di satu kawasan tempat duduk di Stadiun Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Langkah menamakan bekas pemain import JDT itu di kawasan tempat duduk dengan nama ‘Luciano Figueroa Stand’ bagi menghormat­i segala keringat dan jasa pemain itu ketika bersama skuad Harimau Selatan sejak 2014 sebelum bersara pada 2018.

Majlis serba ringkas tetapi bermakna disempurna­kan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan disaksikan oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas dan Figueroa

yang turut sama berada pada majlis berkenaan.

“JDT adalah sebuah kelab yang memberi pengiktira­fan kepada mereka yang telah memberi sumbangan kepada bola sepak Johor tidak kira masa lalu atau masa akan datang. Kami sentiasa menghargai pemain, barisan kejurulati­han dan kakitangan yang berkhidmat dan mencipta sejarah bersama JDT.

“Hari ini (semalam), kami mengiktira­f sumbangan bekas pemain kami dan pengurus pada masa ini, Luciano Figueroa, yang telah memenangi pelbagai trofi bersama JDT, termasuk detik bersejarah menjadi pasukan pertama dari Asia Timur yang memenangi Piala AFC. Nama beliau akan selamanya tertera di stadium ini,” kata JDT dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, sepanjang bersama skuad Harimau Selatan

sejak 2014, beliau menjaringk­an 42 gol selain melakukan 14 bantuan jaringan selepas mengharung­i 71 perlawanan.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu memenangi dua kejuaraan Liga Super pada musim 2014 dan 2015 selain Piala Sumbangsih pada 2015 dan disusuli kejayaan terbesar pada musim 2015 apabila JDT membawa pulang Piala AFC.

Pada musim 2018, Figueroa kembali menyarung jersi skuad Harimau Selatan dan kemudian membantu pasukan itu memenangi Piala Sumbangsih. Pada bulan Ogos tahun sama, beliau dilantik sebagai pengurus pasukan.

Pelantikan Figueroa selaku pengurus pasukan ternyata memberi kesan buat JDT apabila memenangi Piala Sumbangsih pada musim 2019, juara liga dan Piala Malaysia pada musim sama.

 ??  ?? TUNKU Ismail (kiri) bersama Figueroa berdiri di hadapan Luciano Figueroa Stand pada majlis perasmian tempat duduk di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.
TUNKU Ismail (kiri) bersama Figueroa berdiri di hadapan Luciano Figueroa Stand pada majlis perasmian tempat duduk di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia