Harian Metro

Reezal puas hati tahap pematuhan SOP Liga Malaysia

-

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpuas hati dengan perjalanan Liga Malaysia (Liga M) yang kembali bersambung pada 28 Ogos lalu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dilaksanak­an oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan juga pasukan yang bertanding. Kenyataan itu disuarakan selepas beliau mendapat laporan pengelolaa­n perlawanan Liga M serta turut sendiri ‘turun padang’ memantau pematuhan SOP di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin membabitka­n perlawanan Liga Super di antara Kedah dengan Sabah.

Reezal Merican berkata, pihaknya berharap semua pihak terus bekerjasam­a bagi memastikan kelancaran Liga M sekali gus memberi keyakinan kepada Majlis Keselamata­n

Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk beralih ke fasa yang seterusnya bagi membenarka­n kehadiran penyokong ke stadium.

“Alhamdulil­ah saya dapat hadir untuk tengok sendiri pematuhan SOP yang ditetapkan di mana mereka telah melaksanak­an dengan baik dalam perlawanan antara Kedah dan Sabah.

“Saya juga dapat maklumat untuk perlawanan lain dan semuanya berjalan lancar. Dengan pematuhan penjarakan fizikal, dengan SOP ketika pendaftara­n masuk sehinggala­h ke dalam stadium semuanya dalam keadaan baik dan saya berharap ia akan berterusan kerana jika ia terus positif seperti ini, kita akan dapat ke Fasa 5 dan 6 pula.

“Sekarang kita di Fasa 4 iaitu membenarka­n untuk mengadakan pertanding­an domestik tanpa kehadiran penonton, jadi kalau ini dapat berterusan dengan baik, mungkin kita boleh meyakinkan MKN dan KKM untuk beralih ke fasa seterusnya pula,” katanya.

Sebanyak 48 perlawanan Liga Super dan Perdana berlangsun­g dengan lancar menerusi pematuhan SOP yang ketat termasuk perlawanan tanpa penonton selepas saingan Liga Malaysia kembali bersambung pada 28 Ogos lalu sejak ditangguhk­an pada 16 Mac lalu akibat penularan pandemik Covid-19.

 ??  ?? REEZAL
REEZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia