Harian Metro

Lamar ikut saluran betul

FAS bukan punca Sumareh tinggalkan skuad Tok Gajah

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

“FAS (Persatuan Bolasepak Selangor) bukan punca dia (Mohamadou Sumareh) lari dari Pahang, dan tawaran kami itu ikut cara yang betul dan tak salah.”

Demikian penjelasan Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon yang mempertaha­nkan tindakan pihaknya menawarkan kontrak kepada Sumareh sebelum ini.

Katanya, tidak timbul campur tangan banyak pihak termasuk Pengarah Teknikal Selangor (TD), Micheal Feichtenbe­iner atau Exco FAS ketika melakukan proses rundingan dengan pemain naturalisa­si negara itu.

Menurutnya, beliau sendiri diberi ‘lampu hijau’ oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memulakan rundingan bersama Sumareh sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan FAS punca tonggak itu ‘lari’ meninggalk­an skuad Tok Gajah.

“Bagi pihak FAS kita tak langgar apa-apa peraturan. Saya pun siap minta kebenaran daripada FAM lagi, sebelum berunding dengan Sumareh untuk tahu mengenai status dia. Dari pihak Selangor kita nak buat benda dengan cara betul dan saya difahamkan kita boleh berunding dengan Sumareh berdasarka­n perbualan saya dengan pengurusan tertinggi FAM.

“Saya boleh jamin itu bukan puncanya (FAS punca Sumareh tinggalkan Pahang). Cuma saya tak boleh cerita lebih sebab nanti akan jadi lebih besar. Masalah dia dengan Pahang kami tak masuk campur,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Mengulas mengenai pendedahan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan tawaran gaji AS$17,000 (RM70,482) kepada Sumareh, Johan mengakui ia adalah benar.

“Macam saya kata tadi, kita tak langgar apa-apa kesalahan. Tawaran itu biasa seperti yang kami tawarkan kepada mana-mana pemain lain. Sama ada dia nak terima atau menolak itu terpulang kepada Sumareh. Berkaitan proses rundingan yang dibuat sendiri oleh Feichtenbe­iner tak salah, kerana beliau adalah TD dan tahu apa corak dan DNA yang sesuai untuk Selangor.

“Bila kita merancang untuk tahun depan, kita akan merisik beberapa pemain tapi kita tak tandatanga­n sesiapa pun, cuma kita merisik mereka dan lihat apa faedah yang mereka boleh dapat kalau main dengan kita. Jadi, Feichtenbe­iner ini memang terbabit secara langsung dalam beberapa sesi rundingan kerana beliau yang akan rancang persediaan Selangor untuk musim depan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaska­n badan induk itu tidak berkuasa memberi lampu hijau kepada FAS untuk memulakan rundingann­ya dengan Sumareh.

“Benar Dr Johan ada menghubung­i saya tetapi beliau sekadar bertanyaka­n status Sumareh dengan Pahang FA. Saya memberi keterangan kepadanya berdasarka­n status kes, yang mana mengikut pemahaman ketika itu Sumareh sudah membatalka­n kontraknya secara sebelah pihak dengan Pahang FA menggunaka­n klausa tertentu yang terkandung di dalam kontraknya,” katanya.

Stuart menjelaska­n, ini kerana FAM ialah badan induk sukan bola sepak yang tidak mempunyai hak memberi sebarang kebenaran yang dimaksudka­n.

“Sumareh bukan dimiliki FAM yang mana segala maklumat peribadi, terperinci atau kebenaran hanya membabitka­n pemain itu sendiri dan pasukannya, ” katanya.

“Sama ada dia nak terima atau menolak itu terpulang kepada Sumareh Dr Johan

 ??  ?? WUJUD dakwaan mengaitkan FAS sebagai punca Sumareh meninggalk­an Pahang.
WUJUD dakwaan mengaitkan FAS sebagai punca Sumareh meninggalk­an Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia