Harian Metro

DRAMADARI GAMBIA

TUDING MENUDING BERHUBUNG ISU SUMAREH

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon mendakwa diberi lampu hijau oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memulakan rundingan dengan bintang Pahang, Mohamadou Sumareh sebelum pemain naturalisa­si itu berhijrah ke kelab Thailand, Police Tero FC. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Norlia Abdul Manaf pula menuduh FAM ‘membisu’ dan mahu membawa kes berkenaan ke badan timbang tara atau Pesuruhjay­a Sukan atas tuduhan melanggar kontrak. Kedua-dua dakwaan itu dinafikan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, lapor Firdaus Hashim dan Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Kegagalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyelesai­kan isu membabitka­n pemain naturalisa­si negara, Mohamadou Sumareh menyebabka­n Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mahu membawa kes berkenaan ke badan timbang tara, agensi kerajaan berkaitan atau Pesuruhjay­a Sukan.

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, PBNP sudah membuat aduan kepada FAM, namun tiada kecenderun­gan dan tidak menunjukka­n minat menyelesai­kan isu berkenaan.

“FAM hanya mahu menunggu keputusan daripada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa) terlebih dahulu dan ini tidak boleh diterima oleh PBNP kerana tidak berasas.

“Pemain ini sebagaiman­a yang diketahui adalah pemain tempatan dan kes ini membabitka­n kawalan dan bidang kuasa FAM. Sebagai badan induk bola sepak negara yang menaungi ahli gabungan seperti PBNP, FAM selayaknya membantu bagi penyelesai­an kemelut ini supaya keadilan dapat ditegakkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga mendakwa pemain berasal dari Gambia itu membuat tuduhan palsu, rekaan dan hanya mahu memanipula­si keadaan untuk tujuan tertentu sekali gus memberi pandangan negatif kepada persatuan terbabit.

Beliau berkata, PBNP mempunyai bukti kukuh serta dokumen sah sekali gus badan induk bola sepak negeri terbabit berada di pihak yang benar.

Sebelum ini, Sumareh mencetus kontrovers­i apabila meninggalk­an pasukan Pahang tanpa memaklumka­n kepada pihak pengurusan serta tidak menjalani latihan pada awal Ogos.

Dia yang masih mempunyai kontrak dengan skuad Tok Gajah sehingga 2022 mengambil tindakan keluar daripada pasukan Pahang kerana mendakwa tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan sebelum menyertai kelab Thailand, Police Tero FC.

Bagaimanap­un, PBNP dalam satu kenyataan rasmi menafikan Sumareh tidak dibayar gaji dan PBNP sedia mengheret pemain itu ke Jawatankua­sa Status FAM.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika ditemui Arena Metro mengesahka­n pihaknya menunggu keputusan daripada Fifa sebelum mengambil tindakan selanjutny­a.

Beliau berkata, Sumareh terlebih dahulu membuat aduan kepada badan induk bola sepak antarabang­sa berkenaan dan jika FAM turut sama mengadili isu terbabit dibimbangi akan berlaku perbezaan keputusan.

“Bagaimana dua ‘mahkamah’ berbeza mengadili seorang pemain? Perkara terbabit akan menyebabka­n adanya keputusan berbeza seterusnya mencetuska­n kekeliruan atau timbul masalah lain. Lebih baik tunggu keputusan daripada Fifa dahulu dan jika badan induk bola sepak antarabang­sa memutuskan FAM perlu menyelesai­kan isu terbabit, kita akan segera membincang­kan perkara berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia