Harian Metro

SUPER KIP MASIH ‘SENDU’

Super KIP makin terdesak pamer kemampuan musim ini

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Masa semakin suntuk untuk pelumba Moto3 negara yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing, Khairul Idham Pawi membuktika­n kemampuan dirinya di Kejohanan Motosikal Dunia.

Selepas lapan pusingan perlumbaan, pelumba yang mendapat gelaran Super KIP itu masih gagal memungut mata ketika rakan sepasukann­ya, John McPhee unggul menduduki tangga ketiga keseluruha­n Moto3 dengan mengumpul 98 mata. Melihat kepada situasi itu, Pengarah Pasukan Petronas Sprinta Racing, Johan Stigefelt

berkata, pasukannya akan melakukan perubahan kepada jentera pelumba negara itu pada pusingan seterusnya di Grand Prix (GP) Catalunya hujung minggu ini.

“KIP tidak menunjukka­n peningkata­n yang kami mahukan, jadi kami akan melihat apa yang boleh dilakukan di Barcelona. Contohnya melakukan perubahan di jenteranya bagi memberi lebih keyakinan kepadanya,” katanya.

Jelas Stigefelt, Khairul nampak kurang menyerlah di awal perlumbaan ketika GP Emilia Romagna Ahad lalu di Litar Misano sebelum menunjukka­n peningkata­n di hujung perlumbaan yang menyaksika­nnya menamatkan saingan di kedudukan ke-24.

“Malangnya ia sudah terlambat untuknya meraih keputusan lebih baik. Kami akan bekerja keras dan mencari jalan terbaik untuk KIP berlumba dengan lebih baik minggu ini,” katanya.

Pelumba negara itu terlepas beraksi dua pusingan perlumbaan selepas mengalami kecederaan dan melakukan pembedahan memotong jari kelingking kanan.

Khairul masih mempunyai baki tujuh pusingan perlumbaan termasuk GP Catalunya untuk membuktika­n kemampuann­ya sekali gus mengutip mata.

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRUL Idham
KHAIRUL Idham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia