Harian Metro

FODEN JULANG CITY

Guardiola puji aksi terbaik Foden

-

“Jaringan itu dan aksi Foden pada babak kedua sangat bagus Guardiola

Pep Guardiola melabelkan pemain muda skuadnya Phil Foden mempamerka­n aksi menakjubka­n selepas membantu Manchester City menewaskan Wolves 3-1, di Molineux awal pagi semalam.

City memulakan kempen lewat susulan terbabit Liga Juara-Juara musim lalu mendahului dua gol sebelum tamat babak pertama hasil jaringan penalti Kevin De Bruyne dan rembatan Foden.

Namun City gagal mengekalka­n momentum pada awal babak kedua apabila Wolves mula mendominas­i perlawanan dan tuan rumah berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan Raul Jimenez sebelum penyerang City, Gabriel Jesus mengesahka­n tiga mata dalam masa kecederaan.

Jaringan Foden memberi lonjakan moral kepadanya yang tampil aksi pertama sejak pemain tengah itu dihantar pulang bersama pemain Manchester United, Mason Greenwood selepas membawa wanita di hotel penginapan England.

Kesalahan tidak mematuhi protokol Covid-19 itu dilakukan selepas tamat aksi England di Iceland dalam kempen Liga Negara-Negara

yang menimbulka­n kemarahan City namun pemain berusia 20 tahun itu tetap mendapat kepercayaa­n Guardiola.

“Jaringan itu dan aksi Foden pada babak kedua sangat bagus, dia membantu kami menguasai bola,” kata

Guardiola.

Ketika City menyamai rekod Aston Villa dengan menang 10 perlawanan pembukaan berturut-turut, tiada keraguan Liverpool kekal pencabar utama gelaran buat masa sekarang.

Tetapi Guardiola gembira memulakan kempen dengan kemenangan selepas berdepan pramusim yang lebih pendek.

“Kami tak boleh berlari lebih banyak kerana kaki penat, tetapi keseluruha­n kami bermain dengan baik.

“Kami tahu betapa sukar stadium ini. Kadang-kadang kami perlu lebih masa untuk mencapai tahap terbaik dan sangat bagus datang ke sini dan menang.” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FODEN (tengah) membantu Manchester City menewaskan Wolves 3-1, di Molineux.
FODEN (tengah) membantu Manchester City menewaskan Wolves 3-1, di Molineux.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia