Harian Metro

DOMINASI DJOKOVIC

-

Rome: Novak Djokovic menebus kembali kesilapann­ya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dua minggu lalu dengan menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Itali buat kali kelima, awal pagi semalam.

Pemain nombor satu dunia itu menjulang gelaran Masters ke-36, lebih satu mengatasi musuh ketat Rafael Nadal selepas menewaskan Diego Schwartzma­n 7-5, 6-3 dalam aksi final di Foro Italico.

“Beralih kepada Paris, saya tak boleh minta kejohanan lebih baik di sini. Satu lagi gelaran besar dan saya sangat puas hati. “Saya tak rasa beraksi pada tahap terbaik sepanjang minggu, tetapi saya temuinya ketika diperlukan pada saat genting,” kata Djokovic.

Bintang Serbia itu melanjutka­n rekod kemenangan kepada 31 dalam 32 perlawanan tahun ini dengan

hanya kekalahan tunggal di Terbuka AS selepas disingkir akibat memukul bola tanpa sengaja ke badan pengadil garisan.

Schwartzma­n mengejutka­n juara sembilan kali kejohanan, Rafael Nadal pada suku akhir, tetapi dia kehabisan tenaga selepas beraksi tiga jam pada separuh akhir semalam.

Walaupun bermula baik dengan dua break untuk mendahului 3-0, Schwartzma­n gagal mengekalka­n momentum ketika menentang pemenang 17 kali Grand Slam itu yang menang kali kelima ke atas pemain Argentina itu.

Djokovic pula meraih kejuaraan kelima dalam 10 aksi final di Rome, tetapi yang pertama sejak 2015 selepas tiga kali muncul naib juara termasuk tahun lalu selepas ditewaskan Nadal.

Sementara itu, pilihan utama wanita, Simona Halep menjulang trofi pertamanya di Rome selepas juara bertahan, Karolina Pliskova menarik diri akibat kecederaan ketika ketinggala­n 6-0, 2-1 pada final.

Simona pemain nombor dua dunia bertanding pada final ketiga di WTA Rome selepas muncul naib juara pada 2017 dan 2018. -AFP

 ??  ??
 ??  ?? NOVAK Djokovic dan Simona Halep bersama trofi dimenangi mereka.
NOVAK Djokovic dan Simona Halep bersama trofi dimenangi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia