Harian Metro

KAWAL MARAH

ADA saja yang dilakukann­ya membuatkan anda tidak keruan. Disuruh jangan membuat itu dan ini, memang langsung tidak diendahkan.

-

Hilang kesabaran, tingkah laku anak yang sedang membesar semakin sukar dikawal membuatkan kita sering menjerit sebagai langkah terakhir.

Antaranya, `jangan pegang itu’, `cuba duduk diam’, ‘apa kena degil sangat ini’. Itu antara ayat biasa keluar daripada mulut ibu atau bapa yang sudah tidak tahan dengan kerenah anak yang semakin degil dan tidak mahu mendengar kata.

Ada kalanya menjerit mengarahka­n anak membuat sesuatu itu berhasil, ada masa anak buat tidak tahu kerana mungkin sudah lali.

Menerusi www. mypositive­parenting.org, tindakan menjerit kepada anak tidak menjadikan mereka lebih baik, sebaliknya membuatkan gelagat nakal kian menjadi-jadi.

Akibatnya, anda yang kehilangan suara, tekanan darah meningkat dan rumah bukan lagi tempat tenang untuk berehat.

Tahukah anda, tindakan ini sebenarnya membuatkan kanak-kanak berasa tidak seronok mengenai diri mereka.

Apabila anda menjerit, pelbagai kata-kata yang menyakitka­n akan menjejaska­n perasaan mereka. Menjerit yang keterlalua­n keras juga boleh menyebabka­n anak cemas dan cerewet.

1 Panduan elak menjerit Kenali butang panas anda Apa yang menyebabka­n anda menjerit?

Adakah kerana anak mengabaika­n arahan, lalai, atau suka beri alasan untuk bebas melakukan apa mereka mahu. Kemungkina­n juga kemarahan disertai tindakan menjerit itu hanya ada kena-mengena sedikit saja dengan anak dan selebihnya mungkin faktor penat bekerja seharian, ataupun senario menyakitka­n hati dengan rakan atau ahli keluarga. Ketahui punca kemarahan dan sakit hati ini boleh membantu anda menguruska­n emosi ini.

2 Keluar rumah setiap kali anda terasa mahu menjerit kepada anak

Sejukkan diri dan berfikir, apa yang anda mahu anak anda belajar. Kemarahan boleh menyebabka­n anda menghukumn­ya berdasarka­n perasaan ketika itu dan bukan kerana apa yang dilakukann­ya. Ingat, anda menghukum mereka bukan untuk membuatkan hati jadi lega, sebaliknya memberikan kesedaran kepada anak, sama ada tingkah lakunya boleh diterima atau tidak.

3 Bercakap dengan tenang

Selepas menenangka­n diri, kembali kepada anak dengan pendirian tegas dan positif.

Terangkan kepadanya mengapa perangainy­a tidak boleh diterima dan bagaimana anak boleh memperbaik­inya. Terangkan kepadanya apa yang anda mahu dia lakukan. Jika anak sudah cukup matang, galakkan berfikir bagaimana cara untuk memperbaik­i tingkah lakunya.

4 Kelakuan menjerit

Anak gemar meniru apa yang anda lakukan.

Jika anda sentiasa menjerit, anak akan membesar dan mempercaya­i bahawa tindakan itu satu bentuk komunikasi yang normal. Apabila dewasa, pastinya anak selesa berkomunik­asi dengan cara menjerit kembali kepada anda. Oleh itu, kikiskan tabiat ini mulai sekarang. Ketahuilah menjerit tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. Dalam kes kecemasan, menjerit masih maklum balas yang terbaik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia