Harian Metro

Malaysia tunggu maklumat rasmi

Arab Saudi umum benar jemaah luar negara tunai umrah

- Oleh Samadi Ahmad am@hmetro.com.my

Malaysia akan mendapatka­n maklumat rasmi selain berbincang dengan kerajaan Arab Saudi sebelum membuat keputusan membenarka­n semula umat Islam negara ini menunaikan umrah.

Ia susulan keputusan kerajaan Arab Saudi untuk membenarka­n jemaah luar negara menunaikan umrah bermula 1 November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, beliau akan mendapatka­n maklum balas terlebih dahulu berhubung perkara itu sebelum membuat ketetapan sama ada memberi kebenaran kepada umat Islam di negara ini menunaikan ibadah umrah.

Menurut beliau, pihaknya juga akan berbincang dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) jika jemaah Malaysia diberi kebenaran untuk pergi menunaikan ibadah berkenaan.

“SOP ini penting bagi mengelakka­n daripada berlaku kluster baharu selain mematuhi SOP ditetapkan kerajaan Arab Saudi seperti yang diadakan pada musim haji lalu,” katanya selepas merasmikan Seminar PenipuanUm­rah Bersama Agensi Pengelola Umrah di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat

dan Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ruslan Said.

Program julung kali itu bertujuan menyampaik­an maklumat pengurusan ibadah umrah yang sempurna, selari dengan tuntutan agama dan kemaslahat­an umat Islam.

Kelmarin, satu kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri Arab Saudi yang diterbitka­n Saudi Press Agency, membenarka­n kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingk­at-peringkat untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober ini selepas tujuh bulan kebenaran itu digantung berikutan pandemik Covid-19.

Sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan pendudukny­a dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan, manakala jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan umrah bermula 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Zulkifli berkata, keputusan kebenaran menunaikan umrah itu bergantung kepada maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi dan sebelum pengumuman dibuat kerajaan Malaysia.

Katanya, kerajaan Arab Saudi sudah pasti akan mengehadka­n jumlah jemaah selain menetapkan SOP ketat bagi menangani pandemik berkenaan.

 ??  ?? SATU kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri Arab Saudi membenarka­n kembali jemaah menunaikan umrah mulai 4 Oktober ini.
SATU kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri Arab Saudi membenarka­n kembali jemaah menunaikan umrah mulai 4 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia