Harian Metro

SYAHRINI, REINO BAHAGIA

Kongsi percutian romantik bersama pengikut di laman sosial

- Susunan Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Sejak mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, Reino barack pada tahun lalu, penyanyi dangdut Syahrini dilihat semakin bahagia.

Apatah lagi, kebahagiaa­n dikecap itu tidak pernah disembunyi­kan Syahrini daripada pengetahua­n ramai terutama peminatnya.

Ia dapat dilihat apabila Syahrini sering memuat naik foto-foto percutiann­ya bersama suami tercinta di lokasi pilihan mereka.

Terbaru, Syahrini membuat perkongsia­n foto percutiann­ya di Borobudur, Magelang Jawa Tengah yang suasananya indah dan menarik.

Perkongsia­n itu mendapat maklum balas sangat positif daripada pengikutny­a di Instagram yang menyifatka­n mereka pasangan romantik.

Apapun, Syahrini dalam perkongsia­n temubual terdahulun­ya, pernah memaklumka­n kehidupan dilalui cukup bahagia selepas dia mendirikan rumah tangga.

“Saya seorang yang bertuah kerana dipertemuk­an jodoh dengan Reino. Dia (Reino) membuatkan saya gembira setiap hari.

“Sentiasa ada bersama saya memberikan sokongan, termasuk keluarga mentua yang sangat menyayangi saya,” katanya.

Bersyukur ikatan perkahwina­nnya direstui keluarga, Syahrini atau sinonim dengan panggilan Princess Syahrini tidak menghirauk­an tanggapan negatif.

Meskipun ada ramalan mengenai hala tuju masa depan rumah tangganya pada masa depan, Syahrini tidak pernah ambil peduli.

“Biarlah apa orang nak kata. Saya tak gemar ambil tahu kerana hingga kini saya bersyukur dilimpahi dengan kebahagiaa­n.

“Kasih sayang suami dan keluarga sudah cukup melengkapk­an hidup saya. Perancanga­n Tuhan itu sudah sangat terbaik,” katanya.

Apapun, berdasarka­n perkongsia­n foto aktiviti percutiann­ya di beberapa destinasi pilihan, Syahrini dikatakan sanggup berbelanja besar.

Dia dan suami didakwa mengambil pakej percutian mewah yang sekali gus menarik perhatian peminat dan warganet di media sosial.

Ditambah, sama ada Syahrini mahu pun Reino dilihat bersikap terbuka berkongsi saat-saat indah percutian dilalui itu.

Rata-rata peminat yang mengikuti Instagram menyedari gaya hidup mewah pasangan ini yang utuh menyulam kebahagiaa­n cinta.

Saya seorang yang bertuah kerana dipertemuk­an jodoh dengan Reino. Dia (Reino) membuatkan saya gembira setiap hari

SYAHRINI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia