Harian Metro

RED BULL LAGI ‘BEST’

Bekas bos F1 berpendapa­t Hamilton patut digandingk­an dengan Verstappen

-

Bekas bos pasukan Formula Satu (F1), Eddie Jordan berpendapa­t Lewis Hamilton wajar menamatkan kontrak bersama Mercedes dan menyertai Max Verstappen di Red Bull.

Dengan kontraknya bakal berakhir hujung tahun ini, juara dunia enam kali itu dijangka menyambung kontrak bersama Mercedes pada 2021 dan tahun seterusnya.

Bagaimanap­un, Jordan berasakan perpindaha­n ke Red

Bull pasti lebih menyeronok­kan untuk

Hamilton serta sukan itu dan beliau berasakan Verstappen mampu menewaskan Hamilton di jentera yang sama.

“Saya percaya Lewis sepatutnya ke Red Bull dan bukannya Ferrari,” kata Jordan dalam temuramah bersama Ziggo Sport.

“Ia adalah gabungan yang sempurna kerana pemandu muda terbaik di F1 ketika ini adalah Max Verstappen dan ia tidak boleh dipersoal lagi.

“Gaya, kepantasan dan kebijaksan­aannya mengawal jentera di litar sangat baik. Dia juga mempunyai sikap angkuh. Itu adalah antara faktor pemenang Grand Prix dan juara dunia.

“Dia seorang yang sangat berbakat. Saya percaya jika dia digandingk­an bersama Hamilton, Verstappen mampu menewaskan Hamilton,” katanya.

Ketika Jordan percaya Hamilton setaraf dengan legenda seperti Michael Schumacher, Ayrton Senna dan Alain Prost, beliau juga yakin Verstappen mempunyai keupayaan untuk menyinar jika memperoleh jentera yang bagus.

“Saya perlu nyatakan Lewis setaraf Prost, Senna dan Schumacher. Mungkin dia juga mampu mengatasi kesemua legenda itu sehinggala­h Max bakal mencabar rekodnya,” katanya. Agensi

‘ Ia adalah gabungan yang sempurna kerana pemandu muda terbaik di F1 ketika ini adalah Max Verstappen dan ia tidak boleh dipersoal lagi”

Eddie Jordan

 ??  ?? HAMILTON
BIANCA
HAMILTON BIANCA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia