Harian Metro

Pindah minyak sawit tanpa lesen

-

Kuantan: Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan menyimpan dan memindahka­n minyak kelapa sawit mentah tanpa lesen, tahun lalu.

Mohd Firdaus Salvarajah Abdullah, 60, dan anaknya Mohamad Khairul, 29, selaku Orang Kena Saman (OKS) yang beralamat di Perkampung­an Pandan Jaya di sini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyimpan bahan itu tanpa lesen, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.40 malam, 20 Mac 2019 di Lot 11085, Mukim Kuala Kuantan di sini, iaitu kesalahan mengikut Peraturan 5(1)(d) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) (Perlesenan) 2005.

Seorang lagi anak OKS, Mohamad Fairuz, 24, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengalihka­n minyak kelapa sawit mentah tanpa lesen dengan mengunakan lori dari persimpang­an Kampung Semangat ke Sri Fajar 4, Gambang di sini pada 10.30 malam, hari yang sama.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Peraturan 5(3) peraturan sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM200,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwa dari MPOB Nordiana Mohd Shamsuddin memohon mahkamah mengeluark­an perintah bagi menghalang Mohd Firdaus Salvarajah yang mendakwa dirinya bergelar ‘Datuk’ daripada mengeluark­an kenyataan kepada media.

 ??  ?? MOHD Firdaus Salvarajah (tengah) bersama dua anak lelakinya hadir ke Mahkamah Majistret, semalam.
MOHD Firdaus Salvarajah (tengah) bersama dua anak lelakinya hadir ke Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia