Harian Metro

Kilang roti guna sumber air tandas

-

Kuala Lumpur:

Menggunaka­n sumber air dari tandas, keadaan premis dan peralatan kotor dikesan di sebuah kilang roti di Jalan Kuchai Lama di sini, ketika pemeriksaa­n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Lantai premis didapati basah serta kotor dengan sisa makanan selain dinding tempat penyediaan makanan berdaki hitam.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumka­n pemeriksaa­n dilakukan enam anggota itu mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan dengan bahan mentah dan penyediaan makanan di atas lantai.

“Peralatan serta kelengkapa­n pemprosesa­n makanan juga dalam keadaan kotor dan usang.

“Ada kesan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah di kilang terbabit manakala 10 pengendali makanan termasuk enam warga asing mempunyai suntikan tifoid,” katanya.

Menurutnya, DBKL mengeluark­an perintah penutupan premis itu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkua­sa hari ini.

“Pemeriksaa­n seumpama ini akan diteruskan DBKL dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, DBKL menyita dan meroboh dua gerai perniagaan dikendali peniaga Indonesia di Jalan 1/23E Taman Setapak Indah dan Jalan Jernai 1 di sini.

“Operasi itu membabitka­n 16 anggota itu bermula jam 11 pagi dengan menguatkua­sakan tindakan mengikut UUK3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai 2016,” katanya.

 ??  ?? PREMIS kotor yang diserbu DBKL di Jalan Kuchai Lama, semalam.
PREMIS kotor yang diserbu DBKL di Jalan Kuchai Lama, semalam.
 ??  ?? KILANG roti diarah tutup oleh DBKL.
KILANG roti diarah tutup oleh DBKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia