Harian Metro

69 kes tempatan, Sabah kekal tertinggi

-

Kuala Lumpur:

Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kembali kepada dua angka kepada 71 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruha­n penularan wabak itu sebanyak 10,576 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 71 kes baharu yang dilaporkan itu, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya membabitka­n 69 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes import itu membabitka­n dua bukan warganegar­a.

Bagi 69 kes penularan tempatan, katanya, sebanyak 43 kes membabitka­n warganegar­a manakala 26 bukan warganegar­a.

“Kes baharu Covid-19 di Sabah kekal tertinggi 63 kes hari ini (semalam) antaranya 10 kes Kluster Laut dan 47 kes Kluster Bangau-bangau.

“Kedah pula mencatatka­n empat kes manakala di Selangor ada tiga kes serta tiada kluster baharu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, 64 kes pula dilaporkan pulih menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,666 kes iaitu 91.4 peratus. Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 adalah 777 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, enam pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) sehingga 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 133 kes.

“Sehingga kini, enam pesakit positif Covid-19 dirawat di ICU Dr Noor Hisham

 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan pemeriksaa­n dalam sekatan jalan raya di kawasan PKPD di Kota Sarang Semut, Alor Setar.
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaa­n dalam sekatan jalan raya di kawasan PKPD di Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia