Harian Metro

Positif balik bercuti

Seorang individu pulang dari Sabah disahkan dijangkiti Covid-19

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahka­n seorang individu didapati positif Covid-19 selepas pulang bercuti dari Kundasang, Sabah.

Pengarahny­a, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, lelaki berusia 49 tahun itu mempunyai sejarah bercuti di Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah pada 19 hingga 22 September lalu.

Katanya, kes berkenaan dikesan semasa saringan dilakukan terhadap individu berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

“Kes ini tidak mempunyai gejala dan dimasukkan ke

Hospital Tumpat, semalam (kelmarin). Justeru, seramai 48 kontak rapat sudah dikenal pasti termasuk kontak dalam kalangan keluarga, kawan, tempat kerja dan dalam pesawat.

“Kontak berkenaan dari Kelantan, Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur. Aktiviti kawalan dan siasatan lanjut punca jangkitan sedang dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Dr Zaini berkata, sehingga semalam sebanyak 161 kes disahkan positif Covid-19 di Kelantan termasuk tiga kematian. Beliau berkata, situasi semasa Covid-19 di Kelantan masih terkawal dan masyarakat diminta supaya sentiasa mengikuti perkembang­an semasa dan sentiasa mematuhi SOP.

 ??  ?? ANGGOTA pasukan keselamata­n mengawal laluan keluar dan masuk rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, Alor Setar selepas ditutup berikutan penularan Covid-19 bermula, kelmarin. Penutupan yang bermula jam 6 pagi kelmarin itu bertujuan untuk memudahkan saringan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM). Flat itu didiami kira-kira 200 penduduk dan dikawal ketat pasukan keselamata­n. - Bernama
ANGGOTA pasukan keselamata­n mengawal laluan keluar dan masuk rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak, Alor Setar selepas ditutup berikutan penularan Covid-19 bermula, kelmarin. Penutupan yang bermula jam 6 pagi kelmarin itu bertujuan untuk memudahkan saringan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM). Flat itu didiami kira-kira 200 penduduk dan dikawal ketat pasukan keselamata­n. - Bernama
 ??  ?? DR ZAINI
DR ZAINI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia