Harian Metro

Bayar caj penuh jika bukan warganegar­a

-

Kuala Lumpur:

Kerajaan membuat ketetapan bahawa semua individu bukan warganegar­a yang masuk dari semua pintu masuk antarabang­sa negara perlu membayar caj penuh kuarantin, semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi warganegar­a pula, kerajaan memutuskan untuk mengekalka­n subsidi kos kuarantin.

Menurutnya, mereka hanya perlu membayar kos penginapan sebanyak RM2,100 seperti diputuskan dan dilaksanak­an sebelum ini manakala kos operasi sebanyak RM 2,600 adalah kekal ditanggung kerajaan. “Bagi bukan warganegar­a pula, mereka perlu membayar caj penuh tanpa subsidi kerajaan pada kadar RM4,700 (RM2,600 caj tetap pengoperas­ian dan RM2,100 kos penginapan). “Bagi individu kedua dan ketiga yang berkongsi bilik dengan individu pertama, kos penginapan adalah separuh iaitu RM700, manakala bagi anak yang berusia di bawah enam tahun kos penginapan adalah percuma,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bukan warganegar­a perlu membayar caj penuh pada kadar RM4,700

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia