Harian Metro

Gerun diintai pak belang

Rupanya rakaman video di Pambra, utara India

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Warga netizen cemas susulan tular video berhubung kemunculan harimau Malaya dewasa yang didakwa berkeliara­n di Ulu Yam, Gombak, sejak kelmarin.

Berdasarka­n video berdurasi 43 saat itu, harimau dewasa dianggarka­n seberat lebih 100 kilogram didakwa muncul dari belukar berhampira­n jalan raya.

Individu yang menaiki kereta dan melalui kawasan itu merakam kelibat harimau Malaya berkenaan dalam jarak kurang 20 meter dari dalam kenderaan.

Harimau itu yang merenung ke arah kenderaan bagaimanap­un enggan beredar sebaliknya duduk di bawah pokok sebelum kenderaan itu berlalu pergi.

Bagaimanap­un ada individu sengaja menyebarka­n maklumat kononnya harimau Malaya itu ditemui sekumpulan anggota polis yang melakukan operasi di sekitar lokasi berkenaan kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir

Abu Hashim yang dihubungi bagaimanap­un menafikan kehadiran harimau di lokasi berkenaan berikutan tiada laporan khas dibuat kepada pihaknya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan pihaknya bagaimanap­un mendapati maklumat tular itu adalah palsu dan sengaja mahu menakut-nakutkan orang ramai.

“Semakan dilakukan mendapati rakaman video itu diambil di Pambra, utara India dan disebarkan badan hidupan liar Wayanad Wildlife Sanctuary pada 3 September lalu.

“Orang ramai tidak seharusnya panik dan menyebarka­n maklumat tidak tepat. Rujuk dahulu dengan Perhilitan untuk pengesahan,” katanya,

Beliau berkata, tindakan seumpama ini acap kali berlaku termasuk rakaman video harimau Malaya didakwa berkeliara­n di sebuah ladang sawit di Selangor.

 ??  ?? RAKAMAN menunjukka­n seekor harimau dewasa yang didakwa muncul di Gombak sedangkan kejadian berlaku di India.
RAKAMAN menunjukka­n seekor harimau dewasa yang didakwa muncul di Gombak sedangkan kejadian berlaku di India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia