Harian Metro

Penuntut universiti edar ganja

-

Kajang:

Seorang penuntut universiti antara empat ditahan polis selepas terbabit kegiatan pengedaran ganja di Menara Simfoni, Balakong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pada mulanya pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di kawasan parkir di lokasi berkenaan jam 2.25 petang.

“Pemeriksaa­n terhadap suspek menemui satu ketulan mampat disyaki ganja seberat 256.5 gram (g).

“Hasil tangkapan itu, kami menahan tiga lagi rakannya yang masing-masing berusia 24 tahun di sebuah rumah di lokasi terbabit jam 2.45 petang hari yang sama,” katanya.

Mohd Zaid berkata, pemeriksaa­n dilakukan terhadap suspek dan di dalam rumah berkenaan menemui enam ketulan mampat, 18 peket serta empat botol cecair mengandung­i bahan disyaki ganja seberat 2,360g bersama peralatan untuk membungkus dadah.

“Keseluruha­n dadah yang dirampas dianggarka­n bernilai RM6,541 dan dipercayai boleh dibekalkan kepada 872 penagih dadah,” katanya.

 ??  ?? MOHD Zaid (tengah) menunjukka­n dadah dan wang tunai yang dirampas di Balakong.
MOHD Zaid (tengah) menunjukka­n dadah dan wang tunai yang dirampas di Balakong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia