Harian Metro

Sapura Energy nafi beri sogokan kontrak di Brazil

-

Kuala Lumpur:

Sapura Energy Bhd dan kumpulan anak syarikatny­a menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit memberi sogokan atau rasuah bagi urus niaga di Brazil mahupun di negara lain.

Syarikat itu membuat kenyataan media sebagai maklum balas terhadap laporan siasatan di Brazil, baru-baru ini yang membabitka­nnya dan Seadrill atas dakwaan rasuah berkaitan kontrak Petróleo Brasileiro SA (Petrobras).

“Dalam siasatan pihak berkuasa Brazil pada 2016 dan 2017, syarikat ini bebas daripada sebarang dakwaan rasuah serta sogokan.

“Syarikat juga memberi kerjasama sebelum ini dan terus berbuat demikian bagi mana-mana siasatan atau dengan pihak berkuasa yang membabitka­n (dakwaan) rasuah dan sogokan itu,” kata Sapura Energy dalam kenyataan, kelmarin.

Malah, syarikat itu turut melaksanak­an dasar tegas bagi memerangi perbuatan memberi sogokan dan rasuah serta mempunyai dasar dan prosedur dalaman bagi mengurangk­an risiko berkenaan.

Sejajar proses serta amalan tadbir urusnya, Sapura Energy turut menyenarai­kan klausa mengenai antirasuah dalam semua perjanjian­nya dan ia terbatal jika terbukti wujud salah laku atau perbuatan berkaitan rasuah.

“Kami mengambil langkah segera dan pantas sebelum ini membatalka­n obligasi kontrak apabila perkara membabitka­n sogokan atau rasuah dibangkitk­an.

“Ini jelas membuktika­n komitmen kami terhadap dasar tiada kompromi terhadap perbuatan sogokan dan rasuah,” katanya.

Dalam satu kenyataan, pihak pendakwa persekutua­n Brazil berkata, mereka menjalanka­n 25 pemeriksaa­n yang bertumpu di Rio de Janeiro serta Sao Paulo dan menyifatka­n operasi terbabit bagi mendalami siasatan berkaitan tiga kontrak bernilai AS$2.7 bilion yang dimeterai Sapura dan firma minyak nasional, Petrobras pada 2011. -Bernama

Pihak pendakwa Persekutua­n Brazil memperinci tiga kontrak bernilai AS$2.7 bilion

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia