Harian Metro

‘Selamat mengundi Sabah!

Sabah sudah terlalu lama terpinggir sehingga wujud sentimen dan rasa yang kurang enak terhadap kesatuan kita sebagai sebuah negara

-

egeri Sabah adalah sebuah negeri yang sangat unik. Saya pernah hidup bersama masyarakat yang lemah-lembut dan kaya dengan pelbagai budaya ini selama lebih empat tahun ketika menghabisk­an pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sains marin di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penulis Suraya Sintang menyebutka­n kelompok etnik Sabah terdiri daripada 29 kumpulan etnik Bumiputera, 12 kumpulan etnik bukan Bumiputera termasuk enam kumpulan etnik daripada masyarakat Cina. Pengkaji biasanya menggolong­kan kumpulan etnik ini kepada tiga kumpulan besar iaitu Bumiputera Melayu Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina.

Menyorot kembali isu berkaitan mahasiswa UMS, baru-baru ini, adik Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok bagi mendapatka­n talian internet menggambar­kan keadaan sebenar Sabah.

Tahun lalu, negeri ini menduduki tempat teratas sebagai negeri paling miskin di negara ini dengan kadar kemiskinan 19.57 peratus berbanding 5.6 peratus kadar kemiskinan nasional.

Sabah bukanlah negeri miskin kerana sumber hasilnya yang begitu banyak, tetapi nyata ada lonjakan serius diperlukan hasil minyak Sabah yang bernilai puluhan bilion ringgit setahun tidak mampu membawa kemakmuran kepada penduduk.

Saya teringat sesekali ketika memasuki kampung di pedalaman Keningau,

Pitas dan Semporna untuk melaksanak­an projek kebajikan dan dakwah. Kami terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda kerana keadaan jalan terlalu buruk.

Malah, ada sebahagian kampung bergantung kepada penjana elektrik pada waktu malam. Agak menarik, apabila ditanya kenapa elektrik belum sampai ke kampung walaupun sudah berpuluh tahun negara merdeka, jawapan mereka mengejutka­n.

Kata mereka, setiap kali pilihan raya akan ada janji supaya elektrik disambungk­an, tetapi janji ini ditunaikan secara berperingk­at. Pilihan raya pertama tiang elektrik dibawa masuk, pilihan raya kedua dibawa masuk kabel pula dan seterusnya tiang dinaikkan dan begitulah proses yang berlaku sehingga mereka masih belum menerima bekalan elektrik.

Karakter agama juga unik di bumi Sabah. Ada ketikanya, di dalam sebuah keluarga kalian boleh menemui seorang yang beragama Kristian, seorang beragama Islam dan seorang lagi ‘pagan’ atau menganut ateisme.

Malah, uniknya usaha pengIslama­n besar-besaran yang berlaku sekitar tahun 1970-an di bawah institusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) boleh diperhatik­an melalui kisah pendakwah terkenal Ustaz Fadli Yusof yang menziarahi rumah seorang penduduk dan mendapati jumlah songkok yang banyak di rumah beliau.

Ujar beliau, songkok-songkok itu bukti beliau masuk Islam. Beliau berkata, “Sebenarnya saya sudah lapan kali masuk Islam. Kami di pedalaman ini, pernah diangkut beramai-ramai ke bandar Keningau. Di sana kami diIslamkan beramai-ramai. Memang ramai sungguh orang, hampir penuh padang. Selepas itu kami diberi sebuah songkok, sehelai kain sarung dan duit RM200. Yang perempuan dapat kain batik. Songkok itu, setiap satu menandakan satu kali masuk Islam. Saya sudah lapan kali pergi padang masuk Islam.”

“Selepas pulang, tidak lama ada orang datang beri bantuan makanan. Ada juga guru datang ajar, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum arak. Macam-macam tidak boleh. Itu sebab bila ada orang panggil masuk Islam, kami akan masuk kedai kopi dulu, makan puas-puas, minum arak banyak-banyak, sebab nanti tidak boleh makan babi dan minum arak lagi.”

Kisahnya menarik untuk menjadi pedoman buat kita. Ia kisah bagaimana usaha untuk membawa penduduk mengenali Islam tidak berjaya kerana hanya dibuat separuh jalan.

Begitu juga usaha membangunk­an negeri Sabah tidak berjaya kerana tidak diusahakan dengan ikhlas dan sepenuh kemahuan.

Secara peribadi, saya pastinya gembira apabila Sabah diurus tadbir oleh pemimpin yang cakna dan membumi, tidak beretorik dan terbang di kayangan seterusnya hasil bumi Sabah dapat dinikmati dengan saksama oleh penduduk tempatan untuk pembanguna­n mereka.

Sabah sudah terlalu lama terpinggir sehingga wujud sentimen dan rasa yang kurang enak terhadap kesatuan kita sebagai sebuah negara.

Semoga pilihan raya kali ini membawa kebaikan buat Bumi Di Bawah Bayu. Selamat mengundi.

Penulis adalah rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Beliau boleh dihubungi melalui WhatsApp +6013513214­0 untuk pertanyaan dan kerjasama. Salurkan sumbangan ke Tabung Kecemasan Covid-19 melalui akaun Persatuan Cinta Gaza

Malaysia Maybank 5648105078­26

 ??  ?? PILIHAN raya memberi peluang kepada rakyat memilih pemerintah.
PILIHAN raya memberi peluang kepada rakyat memilih pemerintah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia