Harian Metro

Honda Stream RM11k dibida pada RM30k

-

Kuantan:

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Pahang memperoleh wang RM326,900 hasil lelongan kenderaan sita pada Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2/2020 di Kompleks JPJ Pahang di sini, semalam.

Sebanyak 30 kenderaan membabitka­n 11 kereta, sembilan kenderaan pelbagai guna, enam lori kecil dan empat motosikal dilelong.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, 17 daripada 30 kenderaan terbabit adalah kenderaan klon yang boleh didaftarka­n.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, tujuh kenderaan tidak boleh didaftarka­n iaitu tiga motosikal, dua kereta dan dua lori.

“Bidaan tertinggi membabitka­n kereta Honda Stream bernilai RM30,500 berbanding bidaan permulaan pada harga RM11,800.

“Bidaan terendah pula tiga motosikal Yamaha, Honda dan Demak masing-masing bernilai RM50,” katanya pada majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri21/2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia