Harian Metro

Geran ada tapi api, air tiada

35 keluarga Kampung Tersusun terpaksa minum air telaga sejak tiga tahun lalu

- Oleh Adnan IIbrahim am@hmetro.com.my

Tiga puluh lima keluarga di Kampung Tersusun di Murni Jaya, terletak 10 kilometer dari Pekan Layang-Layang, dekat sini, minum air telaga selain menggunaka­n generator sejak tiga tahun lalu.

Penduduk, Rosman Nordin, 57, berkata, ketiadaan air serta elektrik turut menyebabka­n 115 keluarga menangguhk­an hasrat membina kediaman idaman.

Katanya, penduduk menerima geran hak milik tanah untuk penempatan di kampung berkenaan pada 2008 sebelum masing-masing mendirikan rumah dan siap sepenuhnya menjelang 2018.

“Bagaimanap­un, permohonan mereka mendapatka­n bekalan elektrik dan air gagal diperoleh walaupun sudah tiga tahun kampung ini dibuka sebagai penempatan baharu.

“Kami tidak tahu di mana silapnya walaupun kedudukan kampung ini hanya 300 meter dari jalan utama dan 2.5 kilometer dari Felda Bukit Permai namun permintaan kami belum diluluskan,” katanya.

Menurut Rosman, akibatnya, setiap keluarga membelanja­kan RM10 hingga RM30 semalam untuk menggunaka­n generator, bergantung saiz dan tempoh masa digunakan. “Malah, ada penduduk memasang panel solar dengan kos sendiri kerana tidak sanggup terus menggunaka­n generator sepanjang malam.

“Kami harap, keselesaan penduduk mendapat perhatian pihak berkaitan,” katanya. Sementara itu,

Ketua Kampung Tersusun Azmi Wagiman berkata, kali terakhir permohonan bekalan air dan pemasangan meter dimajukan kepada pihak SAJ Ranhill pada awal tahun ini selepas tiada sebarang tindakan diambil dua tahun sebelum itu.

“Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah dihubungi Mac lalu dan jawapan kami terima ialah bekalan elektrik disalurkan tahun ini.

“Namun pihak berkaitan menyatakan ia tertakluk kepada proses perolehan tender yang dalam tindakan ibu pejabat di Johor Bharu,” katanya.

Setiap keluarga membelanja­kan RM10 hingga RM30 semalam untuk guna generator

 ??  ?? ROSMAN menunjukka­n telaga yang digunakan keluargany­a di Kampung Tersusun.
ROSMAN menunjukka­n telaga yang digunakan keluargany­a di Kampung Tersusun.
 ??  ?? SEORANG penduduk melihat generator yang menjadi sumber bekalan elektrik kepada penduduk Kampung Tersusun.
SEORANG penduduk melihat generator yang menjadi sumber bekalan elektrik kepada penduduk Kampung Tersusun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia