Harian Metro

Pasrah Khamis

Penternak berharap anak teruskan legasi bela kerbau

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

“Saya pasti tidak mampu menguruska­n semua kerbau mati kerana penyakit hawar berdarah (HS) itu, jika tiada bantuan anak,” kata Khamis Jusoh.

Penternak berusia 64 tahun berkata, dia bersyukur tujuh daripada lapan anaknya sama-sama membantuny­a menguruska­n 57 kerbau mati akibat diserang penyakit HS termasuk proses menanam semua bangkai.

Katanya, hanya Muhammad Soleh, 28, tidak balik kerana menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Anak lain iaitu Muhamad Kamil, 31, Muhamad Alias, 30, Muhammad Syawal, 26, Muhammad Azhar, 24, Nor Ain Solehah, 21, Nor Ain Amirah, 20, dan Muhammad Syukur, 15, semua membantu.

“Sejak kecil saya babitkan mereka dalam penternaka­n kerbau, jadi semuanya tiada masalah menguruska­n kandang ini termasuk dua anak perempuan saya.

“Masing-masing mempunyai pengalaman dan mesra dengan ternakan, oleh itu apabila kerbau mati mengejut kerana penyakit HS itu mereka turut sama bersedih.

“Jika ikutkan, Muhamad Soleh juga ingin pulang ke kampung untuk bantu saya, tetapi saya tidak benarkan kerana kos tambang tinggi,” katanya di kandang kerbaunya di Kampung Kubang Bujuk di sini, semalam.

Khamis berkata, dia berharap anaknya dapat menyambung legasi penternaka­n kerbau itu dan kehadiran mereka menguatkan semangat sepanjang menghadapi wabak HS itu.

“Saya sudah di akhir usia, tiada niat lagi nak kumpul harta. Semua ternakan itu untuk masa depan anak.

“Jika mereka tidak mempunyai pekerjaan nanti boleh meneruskan bidang penternaka­n yang sedia ada itu,” katanya.

Sementara itu, Nor Ain Solehah berkata, dia tidak kisah menjalanka­n kerja menguruska­n ternakan di kandang itu kerana tugasan itu dilakukann­ya sejak kecil.

“Kejadian penyakit HS itu sangat menyedihka­n kami sekeluarga maklumlah ia pertama kali berlaku sepanjang ayah menternak kerbau,” katanya.

 ??  ?? KHAMIS melihat anak-anaknya membuat kerja di kandang kerbau mereka.
KHAMIS melihat anak-anaknya membuat kerja di kandang kerbau mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia