Harian Metro

Sambut baik inisiatif Kita Prihatin

-

Ipoh:

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) menyambut baik inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Presidenny­a, Adnan Mat berkata, inisiatif berkenaan turut membabitka­n penjawat awam dalam golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan isi rumah berpendapa­tan pertengaha­n (M40).

“Cuepacs berhasrat untuk memohon perkara sama, ini adalah lanjutan daripada pakej yang diisytihar­kan sebelum ini.

“Cuepacs mengucapka­n terima kasih kerana penjawat awam juga termasuk dalam kumpulan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri

Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kakitangan Kumpulan Sokongan Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Perak (Kesoja) Kali-3 di Hotel Casuarina Meru di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin dan Presiden Kesoja, Hafez Rezal Abdul Manan.

Adnan berkata, ketika ini 1.2 juta penjawat awam berkhidmat dalam sektor perkhidmat­an awam negara ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Adnan berkata, Cuepacs memohon pertimbang­an kerajaan melantik semula semua pekerja kontrak yang ditamatkan perkhidmat­an oleh kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, Cuepacs turut merayu supaya individu yang bekerja dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda yang ditamatkan perkhidmat­an kerana perubahan sebuah kerajaan sebelum ini diambil semula bekerja dalam perkhidmat­an kerajaan sebagai kontrak.

“Cuepacs merayu supaya kerajaan melihat perkara ini secara khusus dan diberikan keutamaan berikutan mereka ini sudah sengsara sejak dua tahun lalu berikutan penamatan dan perubahan kerajaan,” katanya.

 ??  ?? ORANG awam menonton siaran langsung perutusan khas Kita Prihatin oleh PM, kelmarin.
ORANG awam menonton siaran langsung perutusan khas Kita Prihatin oleh PM, kelmarin.
 ??  ?? ADNAN
ADNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia