Harian Metro

Tiada penangguha­n pendaftara­n pelajar IPT

-

Shah Alam:

Pendaftara­n kemasukan pelajar ke universiti atau kolej di seluruh negara bulan hadapan dilaksanak­an tanpa penangguha­n.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) mengarahka­n semua universiti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk proses kemasukan itu.

“Saya percaya, semua universiti menyiapkan SOP dalam menerima pendaftara­n kemasukan pelajar yang tiba mulai bulan depan.

“KPT sentiasa menerima pandangan dan mendengar arahan dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kalau KKM kata ditunda, kami ikut arahan, tetapi setakat ini belum ada,” katanya menjawab soalan pemberita sama ada kemungkina­n kemasukan pelajar ke IPT ditangguhk­an berikutan peningkata­n Covid-19 terutama di Sabah.

Terdahulu, beliau menyempurn­akan Majlis Pelancaran UiTM Prihatin di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini.

Noraini berkata, Sabah setakat ini juga tiada arahan penangguha­n.

“Bukan semua tempat di Sabah dalam Zon Merah seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terletak di Kota Kinabalu, itu bukan Zon Merah.

“Sama juga kolej komuniti, setakat ini belum ada apa-apa arahan diberikan pihak kolej berkenaan mengenai penangguha­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia