Harian Metro

Luqman tak layan mesej aib

-

Kuala Lumpur:

Penyanyi Luqman Faiz memuat naik tangkap layar mesej peribadi berunsur lucah yang dihantar seorang pengguna laman sosial di Instagram.

Luqman berkata, dia sudah penat berhadapan situasi itu apabila sering menerima mesej sedemikian di laman sosial miliknya.

“Tujuan saya kongsikan mesej yang dihantar berkenaan supaya mereka takut untuk mengulangi­nya lagi.

“Kadang-kadang, saya rasa penat untuk melihat mesej lucah yang dihantar pemilik akaun palsu. Apa yang saya buat selalunya saya akan padam atau sekat akaun terbabit.

“Tak perlu buang masa menghantar mesej mengaibkan kepada saya kerana saya tidak akan melayan,” katanya.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Instagram tidak berputus asa menggoda Luqman dengan memulakan perbualan lucah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia