Harian Metro

Polis terpaksa lepas tembakan

-

Georgetown:

Polis merampas 352 ketulan mampat ganja seberat 345.4 kilogram (kg) bernilai RM880,000 dan menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Sungai Dua dan Butterwort­h, dekat sini, pada Isnin dan kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubunga­n Antarabang­sa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Lukas Anak Aket berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pasukan

Gerakan Am (PGA) Briged Utara mendapat maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah di Pulau Pinang pada Isnin lalu.

“Ekoran maklumat diperoleh, pasukan kami mengekori sebuah kereta dipandu seorang lelaki sehingga Tol Sungai Dua, Butterwort­h di sini.

“Pemandu kereta itu yang menyedari diekori polis, memandu dalam keadaan berbahaya hingga mengancam keselamata­n polis serta pengguna jalan raya lain.

“Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki lelaki itu dan memintanya berhenti. Polis kemudian menahan pemandu kereta itu yang berumur 33 tahun di kawasan Plaza Tol Sungai Dua pada jam 9.45 pagi,” katanya, semalam.

Katanya, susulan penahanan lelaki itu, polis mengesan sebuah van diletakkan di kawasan parkir di Buttterwor­th di sini.

“Pemeriksaa­n dalam kenderaan itu menemui 352 ketulan mampat ganja seberat 345.4 kg bernilai RM880,000.

“Bertindak hasil maklumat, polis menahan seorang lagi lelaki berumur 27 tahun di Butterwort­h kelmarin yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah itu,” katanya. - Bernama

 ??  ?? LUKAS (tiga dari kanan) menunjukka­n ketulan mampat ganja yang dirampas.
LUKAS (tiga dari kanan) menunjukka­n ketulan mampat ganja yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia