Harian Metro

MEDAC CADANG UNIVERSITI KOPERASI

Satu inisiatif lahir generasi graduan celik keusahawan­an

-

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (Medac) bercadang untuk melakukan transforma­si dengan mewujudkan universiti koperasi sebagai inisiatif melahirkan generasi graduan celik keusahawan­an.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ilmu dipelajari di universiti koperasi dicadangka­n itu dapat mendidik bakal graduan mengenai perniagaan koperasi dan keusahawan­an dari aspek teori dan praktikal.

“Di universiti lazimnya hanya menekankan aspek pengurusan sumber manusia, tapi tidak memberikan pendedahan awal berkaitan cabaran pengurusan perniagaan.

“Oleh itu, bagi membolehka­n cadangan ini tercapai kementeria­n akan menjalinka­n kerjasama dengan agensi dan badan korporat bagi membolehka­n perancanga­n ini dijalankan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Seminar Pemantapan Koperasi dan Program Pelancaran Kempen Norma Baharu Peringkat Sabah anjuran Suruhanjay­a Komunikasi Malaysia (SKM) dan Gerakan Koperasi di Kota Kinabalu, semalam.

Seminar pemantapan yang dihadiri 150 peserta terdiri daripada anggota lembaga koperasi, pengurusan dan anggota koperasi dari Sabah itu diadakan bagi membantu Gerakan Koperasi khususnya untuk memantap dan mengukuhka­n pembabitan mereka dalam sektor ekonomi.

Wan Junaidi berkata, Medac juga memulakan kerjasama strategik dengan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) serta Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) untuk program keusahawan­an belia dalam kalangan pelajar, graduan dan belia.

“Antara inisiatif dirancang dengan menawarkan pembiayaan disediakan melalui agensi Medac seperti

Tekun Nasional,” katanya.

Selain itu, menurutnya, kaji selidik dijalankan Medac mendapati sehingga Ogos lalu sebanyak 16.67 peratus koperasi terpaksa menghentik­an operasi perniagaan berikutan tidak mampu bertahan dalam pasaran ekonomi sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kaji selidik itu turut mendapati tahap kesediaan usahawan mikro dan koperasi mengadapta­si teknologi dan digitalisa­si dalam perniagaan menjadi punca kepada perniagaan gagal diteruskan. Wan Junaidi berkata, pengukuran kejayaan model perniagaan koperasi perlu diperincik­an secara holistik memandangk­an ia menjadi pemacu kepada pembanguna­n sosioekono­mi inklusif dan bertindak membantu menangani kos sara hidup masyarakat.

Katanya, Gerakan Koperasi perlu berani mengambil peluang dengan menggunaka­n platform e-dagang secara meluas bagi memperkena­lkan produk dan perkhidmat­an baharu pasca Covid-19.

“Sehubungan itu, bagi mengukuhka­n prestasi dan produktivi­ti sektor koperasi Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030), sumbangan perolehan disasarkan koperasi adalah sebanyak RM100 bilion menjelang 2030.

“Sektor koperasi perlu mendukung usaha kerajaan dalam menjadi pengerak utama bagi membantu melonjakka­n tahap keusahawan­an B40 sekali gus membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia