Harian Metro

Pelaburan RM64.8b

-

Adrian Ong berkata, langkah itu satu pencapaian untuk syarikat, menjadikan­nya hampir sebagai syarikat senaraian awam.

“Walaupun pasaran terjejas oleh pandemik Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan ini, kami bertahan sebagai kumpulan dan gembira mempunyai peluang memulakan fasa pertumbuha­n akan datang.

“Memanfaatk­an pasaran modal akan membantu mempercepa­t pelan pertumbuha­n, berikutan kami terus meningkatk­an rangkaian kedai untuk memanfaatk­an sektor runcit pembaikan rumah dengan kadar penembusan yang belum mencukupi di Malaysia.

“Ini mengukuhka­n kedudukan MR DIY sebagai peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia,” katanya.

Kuala Lumpur:

Malaysia mencatatka­n pelaburan bernilai RM64.8 bilion dalam sektor perkilanga­n, perkhidmat­an dan utama untuk enam bulan pertama 2020 walaupun berdepan pelbagai cabaran ekonomi dunia.

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida) berkata, pelaburan ini membabitka­n 1,725 projek dan akan mewujudkan 37,110 peluang pekerjaan.

“Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 69.8 peratus atau RM45.3 bilion, sementara pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang RM19.5 bilion,” menurutnya dalam satu kenyataan, semalam.

Ia berkata penyumbang terbesar FDI untuk sektor perkilanga­n, perkhidmat­an dan utama dalam tempoh itu ialah Singapura (RM4.9 bilion), Switzerlan­d (RM2.8 bilion), China (RM2.2 bilion), Amerika Syarikat (RM2.2 bilion) dan Thailand (RM1.8 bilion).

Mida berkata, untuk projek yang diluluskan mengikut negeri, lima negeri utama iaitu Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Johor menyumbang RM47.1 bilion (72.6 peratus) kepada jumlah pelaburan yang diluluskan untuk Januari hingga Jun 2020.

 ??  ?? MR DIY bertahan walaupun pasaran terjejas akibat Covid-19.
MR DIY bertahan walaupun pasaran terjejas akibat Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia