Harian Metro

Digi perluas jalur lebar

Bekerjasam­a dengan Allo anak syarikat TNB

-

Kami berharap capaian Digi yang lebih luas dapat memberi manfaat kepada komuniti khususnya dalam aspek ketersambu­ngan dan meningkatk­an kualiti hidup pengguna”

Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) dan Allo Technology Sdn Bhd (Allo), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalin kerjasama bagi membolehka­n Digi memanfaatk­an penyelesai­an perkhidmat­an rangkaian Lapisan 2 Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB) Allo.

Ia membolehka­n Digi meluaskan kehadiran jalur lebar kediaman ke 45,000 rumah sekitar Melaka, Perak dan Cyberjaya.

Ia juga menjadikan jumlah keseluruha­n capaian kediaman bagi Allo mencecah angka 155,000 menjelang suku kedua 2021.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi Praveen Rajan berkata, pihaknya teruja bekerjasam­a sekali lagi dengan Allo dalam usaha menyediaka­n lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang membolehka­n mereka menikmati perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi di rumah dan di mana saja.

“Bekerja dengan rakan kongsi seperti Allo membolehka­n kami mempercepa­t penyampaia­n perkhidmat­an jalur lebar di rumah terutamany­a pada masa ini ketika terdapat permintaan kritikal untuk penyambung­an yang dipercayai bagi kerja jarak jauh dan keperluan pendidikan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai

Eksekutif Allo, Rodzi Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama dengan Digi.

“Kami berharap capaian Digi yang lebih luas dapat memberi manfaat kepada komuniti khususnya dalam aspek ketersambu­ngan dan meningkatk­an kualiti hidup pengguna.

“Kami percaya kepentinga­n untuk terus kekal di hadapan terutama dalam era digital. Kerjasama ini diharap dapat menghasilk­an sambungan berkualiti tinggi dan mampu dimiliki bagi manfaat pengguna dan negara,” katanya.

Kerjasama itu lanjutan daripada usaha yang dilaksanak­an sebelum ini iaitu projek awal menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar kediaman tanpa had ke 1,100 penduduk dan perniagaan di Melaka pada awal tahun lalu.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP).

Dengan beberapa kerjasama diumumkan baru-baru ini, Digi kini berpeluang membawakan perkhidmat­an jalur lebar kediaman yang berkualiti.

Praveen Rajan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia