Harian Metro

AirAsia terokai perbankan digital pertama di Asean

-

Kuala Lumpur:

AirAsia Group Bhd berada di landasan tepat meneroka lebih banyak peluang dalam teknologi kewangan (fintech) termasuk menjadi bank digital Asean yang pertama.

Presiden (AirAsia Digital) AirAsia Group, Aireen Omar berkata, ketika ini kumpulan melalui cabang perniagaan fintechnya, BigPay sudah mendapatka­n lesen bagi beberapa perkhidmat­an fasa pertama seperti e-dompet, pengiriman wang dan pembayaran atas talian.

Beliau berkata, BigPay juga bakal menambah perkhidmat­an terbaharun­ya dalam pemberian pembiayaan dalam masa terdekat sama ada sebelum akhir tahun ini atau awal 2021.

“AirAsia akan meneroka lebih banyak peluang dalam menjadi bank digital Asean. Ini adalah perancanga­n bagi segmen perniagaan bukan penerbanga­n kami.

“Selain di Malaysia, perkhidmat­an sama juga sudah tersedia di

Singapura. Kami juga ketika ini sedang dalam proses akhir mendapatka­n lesen perkhidmat­an di Thailand dan Filipina.

“Pengawal selia di Thailand dan Filipina agak proaktif dalam perkara ini dan kami menjangkak­an ia dapat direalisas­ikan pada awal tahun hadapan,” ketikanya selepas taklimat media penjenamaa­n semula AirAsia Digital di sini, semalam. Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai perkembang­an permohonan lesen perbankan digital di Malaysia, Aireen berkata, pihaknya sudah mengemukak­an maklum balas dan berjumpa dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal tahun ini.

Perbincang­an juga, katanya, sudah dijalankan namun proses itu terpaksa ditangguhk­an sementara disebabkan pandemik Covid-19.

“Kami dimaklumka­n, perkembang­an lesen bank digital ini akan dilihat kembali pada tahun hadapan oleh BNM. AirAsia yakin dan berminat dengan perkara ini,” katanya.

Aireen berkata, AirAsia melalui AirAsia Digital dan BigPay juga akan mendapatka­n lesen perbankan digital di negara ASEAN lain namun ia akan dilaksanak­an berdasarka­n keperluan dan peraturan di setiap negara itu.

BigPay bakal tambah perkhidmat­an terbaharu dalam pemberian pembiayaan Aireen Omar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia