Harian Metro

Telefon di perut 7 bulan

-

Kaherah:

Akibat menyahut cabaran ketika berparti bersama rakan, seorang lelaki di Mesir bertindak menelan telefon bimbit.

Selepas kejadian, lelaki berusia 28 tahun itu tidak memberitah­u ahli keluargany­a dan menyangka peranti berkenaan akan keluar semula jadi menerusi saluran ususnya.

Bagaimanap­un, tindakan itu ternyata mengundang padah apabila gajet itu tersekat di dalam perutnya sehingga tujuh bulan.

Akibatnya, lelaki itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluark­an telefon bimbit berkenaan di sebuah hospital.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan, Al Watan melaporkan bahawa kejadian itu dilaporkan berlaku di wilayah Benha di utara ibu negara

Mesir.

Menurut doktor yang mengendali­kan kes itu, Dr Mohammed Al Jazar, lelaki itu dirujuk ke hospital bagi menjalani ultrabunyi.

Katanya, ia menunjukka­n telefon bimbit itu ‘tersangkut’ di dalam perut lelaki berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia