Harian Metro

Cikgu ‘hantu’

Sylvain berisiko dibuang kerja selepas ibu bapa mengadu penampilan­nya tak sesuai jadi guru

-

Seorang guru tadika di Essonne, Perancis berisiko dibuang kerja selepas ramai ibu bapa mengadu penampilan­nya yang disifatkan tidak bersesuaia­n sebagai pengajar di sekolah.

Ia memandangk­an Sylvain Helaine atau dikenali sebagai Freaky Hoody, 35, itu bertatu pada sebahagian besar tubuhnya, muka dan bola mata.

Sylvain ketika tampil di saluran televisyen Perancis BFM TV mengadu bahawa dia mungkin kehilangan pekerjaan berdasarka­n penampilan­nya itu.

Dia mendakwa pihak atasannya meminta untuk dia tidak lagi mengajar di tadika selepas menerima aduan daripada ibu bapa atas penampilan­nya yang tidak seperti guru lain.

Bagaimanap­un, katanya, sebahagian besar aduan datang daripada ibu bapa yang anak mereka tidak belajar di kelasnya.

“Penampilan saya menjadi masalah kepada sesetengah orang. Ia (bilangan ibu bapa yang mengadu) tidak ramai, dengan nisbah satu dalam 1,000 ibu bapa. Mereka terdiri daripada ibu bapa yang anaknya bukan belajar di kelas saya.

“(Tetapi) dengan ibu bapa kepada anak yang belajar di kelas saya, semuanya berjalan lancar,” katanya seperti dilaporkan Oddity Central.

Guru berkenaan mengatakan bahawa dia tidak lagi dibenarkan mengajar di tadika kerana wakil Kementeria­n Pelajaran tidak mahu lagi menangani aduan ibu bapa.

Mengulas lanjut, Sylvain berkata, keadaannya yang bertatu tidak mempengaru­hi kemampuann­ya untuk mengajar.

Sementara itu, beberapa anak muridnya mengakui pada mulanya mereka mendapati penampilan­nya kelihatan menakutkan.

“Bola matanya yang bertatu menakutkan saya pada mula-mulanya. Tetapi ibu bapa saya mendorong supaya saya tidak merasa takut dan sekarang saya tidak takut lagi,” kata seorang anak murid perempuann­ya.

‘ Penampilan saya menjadi masalah kepada sesetengah orang”

Sylvain

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia