Harian Metro

ANGGAP BUKAN PERTANDING­AN

Kak Ani tak mahu ambil tekanan dalam GV7, enggan baca komen berbau negatif

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui suaminya, Juffri Hadi membuat solat sunat dua rakaat sebelum memberi keizinan kepadanya untuk terbabit dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh yang bakal bersiaran pada 11 Oktober depan.

Malah, Noraniza atau mesra dengan sapaan Kak Ani berkata, keputusan untuk menyertai program popular itu dibuat pada saat akhir.

“Sejujurnya, sebelum ini memang saya pernah katakan tidak untuk menyertai program ini, biar pun sudah beberapa tahun pihak produksi mempelawa saya untuk masuk. Malah, bagi musim kali ini pun keputusan dibuat pada saat akhir.

“Sebelum itu, suami turut buat solat sunat dan barulah dia memberi keizinan selepas beberapa persoalan dijawab dengan baik pihak pengurusan yang menguruska­n saya dalam pertanding­an ini iaitu, Mind Order.

“Selepas berbincang dan dipujuk mereka, saya terbuka hati kerana diberikan motivasi. Mereka minta saya bukakan minda, pandang ke depan selepas menyertai GV,” katanya.

Noraniza yang popular menerusi lagu Dikir Puteri, Hatinya Tak Tahan, Hati Kama dan banyak lagi mengakui tidak mahu terlalu memikirkan soal tekanan yang bakal diterima dalam pertanding­an itu.

“Saya pernah masuk pertanding­an nyanyian dan sedia tahu akan tekanan yang bakal dihadapi, apatah lagi bakal menyanyika­n lagu atau genre yang belum pernah dinyanyika­n.

“Cuma, saya lebih selesa meletakkan ia bukan sebagai pertanding­an, tapi hanya satu program persembaha­n. Malah,

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia