Harian Metro

SATU B40 SATU RUMAH

Koperasi hartanah, KOHAB perkasa pemilikan hartanah melalui Skim Zero Deposit Plus

-

Ekuiti rumah mampu mencecah hingga RM5,000, namun ia masih belum menjamin kakitangan awam dan swasta berkemampu­an memiliki hartanah sekurang-kurangnya satu rumah sepanjang hayat untuk keluarga mereka.

Menurut Pengasas Kumpulan Anggun Armada Holdings dan Pengerusi Koperasi Hartanah

Anggun

Berhad (KOHAB) Datuk Rosdi Arifin, pihaknya mendapati hanya sekitar 39.9 peratus sahaja bumiputera mewakili pemilikan rumah mampu milik iaitu kediaman berharga sekitar RM250,000 hingga RM300,000 ketika ini.

Katanya, jumlah yang rendah itu disumbang oleh pelbagai faktor termasuk pembayaran pendahulua­n dan beberapa caj tambahan yang dikenakan pada awal pembelian.

Dan ia dianggap beban selain beberapa syarat ketat yang dikenakan kepada peminjam oleh pihak bank walaupun ia adalah pinjaman bercagar.

“Banyak perkara yang perlu dinilai dan dilihat semula secara keseluruha­nnya agar tidak menjadi faktor yang mampu menyebabka­n usaha pemilikan hartanah bumiputera bagi golongan B40 terutama mereka yang tinggal di Lembah Klang ini gagal.

“Ini kerana ada beberapa faktor penting yang dianggap remeh dan kita masih lagi di takuk lama dengan tidak mampu berbuat apaapa untuk membantu pemilikan hartanah ini selain dari memberi kesedaran mengenai kepentinga­nnya kepada golongan B40 sebagai isu nasional.

“Dengan pendapatan sekitar RM5,000 dan tinggal di Lembah Klang terutama bagi yang sudah berkeluarg­a, ia masih tidak mampu untuk menampung komitmen kepada pemilikan hartanah khususnya kepada bumiputera.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia