Harian Metro

KOHAB TAWAR 5 MANFAAT

-

“Kalau dilihat kepada satu sudut yang lain pula, kita dapati dari sejumlah 900,000 penjawat awam yang mempunyai kelayakan pinjaman perumahan, sekitar 60 peratus tidak mampu memiliki rumah kerana faktor kos asas pembelian sebagai satu kekangan.

Ada juga diantarany­a yang menganggap usia yang masih muda tiada keperluan memilik rumah sebagai alasan dan disinilah perlunya kesedaran. Sementara itu pekerja swasta pula bergelut dengan isu syarat pinjaman yang ketat,” katanya

Tambah beliau lagi, meskipun disokong beberapa insentif dan inisiatif yang diilhamkan oleh kerajaan untuk membantu golongan itu dalam pemilikan hartanah seperti Rumah MAWIP, PRIMA dan Rumah Selangorku, ia masih belum mencukupi. Ini disebabkan ramai pemaju perumahan baru menganggap ia tidak berbaloi dan berisiko tinggi dan harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan tidak menjamin keuntungan sebagai alasan.

“Dilema pemaju pula, ramai di kalangan mereka kurang berminat terhadap pembinaan rumah mampu milik disebabkan alasan risiko tinggi selain tidak menjanjika­n keuntungan yang besar. Namun kita tidak menafikan ada lagi pemaju yang masih menyokong dan berminat kepada pembanguna­n rumah mampu milik berharga antara 200,000 ke 300,000 seunit.

“Sebagai salah seorang pemain industri, saya melihat bukan sekadar keuntungan sahaja yang perlu ‘dikejar’ oleh pihak pemaju. Membina kediaman mampu milik juga adalah tanggungja­wab bersama dan ia juga perlu dianggap sebagai tanggungja­wab sosial malah menjadi fardhu kifayah khususnya kepada kita sebagai umat islam.

“Selain mengambil inisiatif mewujudkan kesepakata­n bersama beberapa rakan pemaju lain dengan tampil menjadi perunding korporat mereka, saya juga menjadi pemaju sendiri menerusi Kumpulan Anggun Armada Holdings, untuk memenuhi keperluan permintaan yang tinggi terhadap kediaman mampu milik daripada golongan berkenaan,” katanya.

Beliau turut mensasarka­n misi untuk menjayakan sekurang-kurangnya satu keluarga dapat memiliki satu kediaman bagi golongan B40 dengan prinsip ‘satu keluarga satu rumah’ sebagai kempen kesedaran.

Rosdi berkata, bagi mendorong usaha itu serta menarik minat golongan

B40 untuk memiliki rumah, pihaknya mewujudkan skim khas iaitu Skim Zero Deposit Plus menerusi pemilikan hartanah melalui koperasi dan KOHAB menawarkan lima manfaat tambahan yang dapat memberi kebaikan kepada pembeli hartanah itu sendiri.

“Skim Zero Deposit

Plus yang diperkenal­kan menerusi koperasi KOHAB, mensasarka­n pembeli khususnya kelompok yang tidak berkemampu­an atau tidak mempunyai simpanan untuk mampu memiliki hartanah tanpa dikenakan sebarang bentuk caj deposit sehinggala­h ke peringkat mot.

“Mereka bukan hanya miliki hartanah dengan lebih mudah malah manfaat lain termasukla­h dividen tahunan seumur hidup dan khairat kematian bernilai RM2,000 turut diberikan dan inilah yang termampu pihak kami berikan sebagai entiti koperasi bagi menjaga dan memberi manfaat kepada ahli koperasi di kalangan penjawat awam khususnya.

“Paling penting dalam konteks koperasi kami bawa sebagai model niaga hartanah baru dengan penyertaan pemaju untuk berkongsi bersama membuat kebajikan apabila menyediaka­n unit hartanah murah dan mampu milik, sementara pembeli pula bukan sahaja celik, tetapi bijak dalam hartanah apabila kediaman dibeli sebagai aset pelaburan,” katanya.

Menurutnya, ketika ini pihaknya turut bekerjasam­a dengan 80 pemaju dalam pelbagai projek mampu milik untuk dibangunka­n dengan jayanya selain giat menjalanka­n projek pembinaan lebih dari 12 projek di antaranya adalah projek perumahan yang tertangguh dan terbengkal­ai untuk dibangunka­n semula di seluruh negara sebagai pemaju perumahan bumiputera.

Mudah-mudahan sumbangan kecil ini mampu untuk menaikan lagi ekuiti pemilikan hartanah khususnya di kalangan bumiputera dengan lebih agresif lagi di masa hadapan di samping menyahut seruan kerajaan bagi menyediaka­n rumah mampu milik dengan lebih komprehens­if.

Selain mengambil inisiatif mewujudkan kesepakata­n bersama beberapa rakan pemaju lain dengan tampil menjadi perunding korporat mereka, saya juga menjadi pemaju sendiri menerusi Kumpulan Anggun Armada Holdings ROSDI ARIFIN

 ??  ?? MAHU perkasa milikan hartanah dalam kalangan B40.
MAHU perkasa milikan hartanah dalam kalangan B40.
 ?? FOTO AZIAH AZMEE ?? RUMAH mampu milik bawah RM200,000 ke RM300,000 antara nilai rumah masih relevan untuk golongan B40.
FOTO AZIAH AZMEE RUMAH mampu milik bawah RM200,000 ke RM300,000 antara nilai rumah masih relevan untuk golongan B40.
 ??  ?? MAHU setiap keluarga di Malaysia ada kediaman sendiri.
MAHU setiap keluarga di Malaysia ada kediaman sendiri.
 ??  ?? ANTARA projek terbengkal­ai yang telah berjaya dibangunka­n sebagai pemaju perumahan dalam usaha penambahka­n produk rumah mampu milik bagi keperluan B40.
ANTARA projek terbengkal­ai yang telah berjaya dibangunka­n sebagai pemaju perumahan dalam usaha penambahka­n produk rumah mampu milik bagi keperluan B40.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia