Harian Metro

HIDUP BERGAYA DI ECO BOTANIC 2

Projek khas PDT sedia perumahan damai untuk golongan M40

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Eco World Developmen­t Group Berhad (EcoWorld Malaysia) akan melancarka­n projek terbarunya, Eco Botanic 2 yang menampilka­n rumah bertanah dilengkapi gaya moden dihiasi landskap flora dan flora mendamaika­n selain rekaan berciri binaan kolonial Inggeris.

Eco Botanic 2 adalah projek khas kerajaan negeri Johor melalui Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang tujuan utamanya bagi menyediaka­n perumahan untuk golongan M40 di kawasan Iskandar Puteri, Johor.

Projek perumahan seluas 80.937 hektar ini menawarkan rumah bertanah pada harga antara RM600,000 hingga RM900,000 dengan harga kediaman berkenaan untuk Bumiputera pula antara RM520,200 hingga RM833,000.

Eco Botanic 2 dijadual dilancarka­n pada suku keempat tahun ini dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM1.67 bilion dan dijangka siap pada 2025.

Lokasi Eco Botanic 2 adalah bersebelah­an Eco Botanic, perbandara­n perdana EcoWorld yang dilancarka­n pada 2013 dan menjadi sebuah daripada projek perumahan yang mengubah landskap di kawasan Iskandar Puteri.

Pengurus Besar Bahagian di EcoWorld Md Suhilmi Ismail, berkata Eco Botanic 2 akan melengkapk­an kemewahan Eco Botanic selain memperluas segmen pasaran EcoWorld di Iskandar Puteri.

Katanya, EcoWorld berhasrat memanfaatk­an infrastruk­tur dan kemudahan gaya hidup yang sedia ada di Eco Botanic.

“Presint baharu

Eco Botanic 2 akan menawarkan 600 unit rumah dua tingkat iaitu berteres (20 kaki x 65 kaki, 20 kaki x 70 kaki dan 22 kaki x 65 kaki), dan rumah bertaman (30 kaki x 60 kaki) dengan luas binaan daripada 1,701 hingga 2,239 kaki persegi.

“Rumah bertaman yang ditawarkan adalah produk eksklusif EcoWorld yang siap dengan taman peribadi berukuran 2.438 meter yang bersambung dengan ruang tamu setiap unit.

“Ciri utama perbandara­n Eco Botanic adalah pembanguna­n mewah berpagar dan berpengawa­l yang sesuai untuk segmen pasaran penaik taraf manakala Eco Botanic 2 direka khas bagi pasaran sasaran penting lain iaitu pemilik rumah pertama dan kumpulan M40.

“Tarikan lain di Eco Botanic 2 adalah penduduk bakal menikmati semua ciri pembanguna­n EcoWorld yang sudah menjalani proses kematangan, dengan identiti EcoWorld yang merangkumi taman indah, keselamata­n berpagar dan berpengawa­l serta kemudahan gaya hidup yang serba lengkap,” katanya ketika ditemui di Pejabat Operasi EcoWorld di Iskandar Puteri.

Md Suhilmi berkata, identiti projek perumahan EcoWorld yang bersatu dengan alam sekitar dikekalkan dalam perancanga­n landskapny­a supaya ia mempunyai kesinambun­gan dengan Eco Botanic yang dikenali sebagai perbandara­n dan perumahan di dalam taman yang menghijau dan mendamaika­n.

“Untuk Eco Botanic 2, kita akan memindahka­n sebanyak 33 pokok Pulai dan Tembusu di tapak projek sedia ada untuk digabungka­n dalam rekaan landskap termasuk mewujudkan gazebo di taman awam dan bulatan unik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian di EcoWorld,Phan Yan Chan, pula berkata, Eco Botanic 2 merangkumi gaya hidup kediaman pintar lebih dari sekadar teknologi moden.

“Kami memahami kehendak pembeli yang inginkan perancanga­n ruang rumah yang baik, kecekapan reka bentuk, lokasi strategik, keselamata­n, landskap hijau dan akses internat pantas yang semua ini boleh mereka miliki jika membeli rumah di Eco Botanic 2.

“Eco Botanic 2 dikeliling­i jaringan jalan raya bersepadu yang menghubung­kannya dengan Johor Bahru menerusi Lebuhraya

Pesisir Pantai Sultan Iskandar (tanpa tol) hanya dalam 16 kilometer (16), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Second Link) selain Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pasir Gudang.

“Paling menarik, ia dikeliling­i kawasan Educity Iskandar Puteri yang menempatka­n pelbagai institusi pengajian tinggi luar negara, sekolah swasta ternama selain sekolah kebangsaan dan menengah selain hospital swasta, taman tema Legoland Resort Malaysia, pusat beli belah baharu serta pusat pentadbira­n negeri,” katanya.

Phan berkata, Eco Botanic 2 juga akan bersinergi dengan

Eco Botanic City, iaitu kawasan perniagaan dengan deretan kedai komersial berciri high street selain apartmen servis mewah yang siap pada 2017.

“Eco Boulevard, di Eco Botanic City, mempunyai 200 unit kedai premium tiga tingkat yang dengan rekaan baharu yang membabitka­n pelbagai prnyewa iaitu industri makanan dan minuman, aktiviti didik hibur, kesihatan dan gaya hidup.

“Berdekatan Eco Boulevard ini sedang dibina sebuah pusat beli belah lima tingkat berkonsep high street, Eco Galleria yang dijadual siap pada suku pertama 2021 sekali gus merancakka­n aktiviti perniagaan dan gaya hidup di perbandara­n EcoWorld Iskandar Puteri,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 07-571 5252 atau kunjungi https:// eb2.ecoworld.my atau kunjungi pejabat jualan EcoWorld Gallery @ Eco Botanic City sekarang, bagi melihat rumah contoh dan keunikan pembanguna­n bersepadu perbandara­n Eco Botanic dan Eco Bontanic 2.

 ?? FOTO KHIS/ZAIN AHMED ?? PENGURUS Besar Bahagian Eco World, Md Suhilmi Ismail (kiri) bersama Pengurus Besar Bahagian Eco World, Phan Yan Chan berdiri di rumah contoh Eco Botanic di Iskandar Puteri Johor.
FOTO KHIS/ZAIN AHMED PENGURUS Besar Bahagian Eco World, Md Suhilmi Ismail (kiri) bersama Pengurus Besar Bahagian Eco World, Phan Yan Chan berdiri di rumah contoh Eco Botanic di Iskandar Puteri Johor.
 ??  ?? PROJEK perumahan yang akan dibina di Eco Botanic di Iskandar Puteri Johor.
PROJEK perumahan yang akan dibina di Eco Botanic di Iskandar Puteri Johor.
 ??  ?? DEKORASI ruang tamu projek Eco Botani 2.
DEKORASI ruang tamu projek Eco Botani 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia