Harian Metro

PANTAU WARNA CECAIR

Air ketuban normal berwarna kekuningan dan tidak berbau

-

Menurut Dr Ahmad Murad lagi, jika jumlah air ketuban berlebihan, keadaan itu dikenali sebagai ‘polyhydram­nios’ dan juga boleh menimbulka­n masalah kepada bayi.

Ini kerana jelas beliau, ‘polyhydram­nios’ lazimnya dikaitkan dengan penyakit kencing manis atau diabetis yang tidak dikawal atau dikenal pasti.

“Namun terdapat juga pelbagai faktor penyebab lain antaranya kandungan kembar, keabnormal­an sistem usus bayi yang tidak dapat menelan air ketuban dan sebagainya.

“Dalam kebanyakan kes, ‘polyhydram­nios,’ tiada sebarang penyebab yang nyata ditemui,” katanya.

Jelas Dr Ahmad lagi, air ketuban juga boleh menjadi keruh dan ia seharusnya dipantau rapi oleh ibu hamil.

Ini kerana kata beliau, air ketuban yang normal berwarna agak kekuningan sedikit dan ia juga tiada sebarang bau.

Bagaimanap­un, jika air ketuban berwarna kehijauan seperti air tebu, ia menandakan bayi sudah ‘mengeluark­an najis dalam kandungan’ atau mengeluark­an ‘meconium’ iaitu hasil pertama kumuhan usus bayi berkenaan.

“Ia adalah petanda bahawa bayi dalam keadaan tertekan atau ‘distress.’ Semakin pekat ‘meconium’ ini, semakin bertambah risiko bayi berkenaan mendapat masalah pernafasan terutama akibat sindrom aspirasi ‘meconium.’

“Air ketuban yang bercampur dengan darah pula mungkin disebabkan pendarahan di dalam rahim akibat uri yang tertanggal terlebih awal (abruptio placenta) atau mungkin disebabkan dinding rahim yang sudah koyak atau pecah,” katanya.

Sementara itu, Dr Ahmad Murad berkata, jika mendapat nutrisi dan bekalan oksigen yang normal, bayi di dalam kandungan biasanya tidak menghadapi sebarang tekanan.

Bagaimanap­un, ketika proses bersalin, terdapatny­a aktiviti kontraksi rahim yang kuat dan ia mungkin menyebabka­n bekalan oksigen kepada bayi berkenaan terganggu.

“Keadaan itulah yang boleh menyebabka­n bayi mengalami ‘fetal distress’ terutama bagi ibu-ibu yang berisiko tinggi seperti lebih hari (post date) atau menghidap penyakit darah tinggi,” katanya.

Namun terdapat juga pelbagai faktor penyebab lain antaranya kandungan kembar, keabnormal­an sistem usus bayi yang tidak dapat menelan air ketuban dan sebagainya DR AHMAD MURAD

 ??  ?? AIR ketuban penting untuk memudahkan bayi bergerak di dalam kantung rahim ibu.
AIR ketuban penting untuk memudahkan bayi bergerak di dalam kantung rahim ibu.
 ??  ??
 ??  ?? JUMLAH air ketuban yang normal untuk bayi di dalam kandungan sentiasa berubah-ubah mengikut usia kandungan.
JUMLAH air ketuban yang normal untuk bayi di dalam kandungan sentiasa berubah-ubah mengikut usia kandungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia