Harian Metro

Suarez milik Atletico

-

Madrid:

Ateltico Madrid mengumumka­n menandatan­gani penyerang Barcelona Luis Suarez, sekali gus mengesahka­n pemain antarabang­sa Uruguay itu terus beraksi di La Liga berbanding menyertai Juventus di Itali.

Barcelona berkata, Atletico bersetuju membayar enam juta euro (RM28.84 juta) untuk mendapatka­n Suarez yang meninggalk­an sesi latihan terakhir dengan linangan air mata kelmarin selepas diberitahu tidak lagi diperlukan jurulatih baru Ronald Koeman. Sejak menyertai Barca dari Liverpool pada 2014, Suarez memenangi beberapa trofi termasuk Liga Juara-Juara pada 2015 dan empat kejuaraan La Liga.

Dia meninggalk­an pasukan dengan reputasi penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman iaitu 198 gol, di belakang Cesar Rodriguez (232) dan Lionel Messi (634).

Berpindah ke musuh Barcelona dalam La Liga disebabkan dia gagal menyertai Juventus.

Jurulatih Juve, Andrea Pirlo mendedahka­n minggu lalu mereka tidak mampu mendapatka­n Suarez berikutan kelewatan pemain itu mendapatka­n pasport Itali.

Selasa lalu, pendakwara­ya di Perugia berkata, mereka mengesyaki Suarez cuba menipu untuk lulus ujian bahasa Itali dengan bantuan daripada pemeriksa.

Ketiadaan pemain berusia 33 tahun itu hadir selepas Koeman berusaha untuk membentuk semula Barcelona.

Selain Suarez, pengendali kelahiran Belanda itu juga menunjukka­n pintu keluar buat Arturo Vidal dan Ivan Rakitic, manakala pertahanan Perancis, Samuel Umtiti dijangka berbuat demikian.

Televisyen Sepanyol, Gol menunjukka­n Suarez mengelap air mata dengan lengan bajunya selepas mengucapka­n selamat tinggal kepada rakan sepasukan di pusat latihan Sant Joan Despi. - AFP

 ??  ?? SUAREZ
SUAREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia