Harian Metro

Habuan ‘misteri’ Aaron, Wooi Yik

-

Kuala Lumpur:

Ganjaran misteri bakal menanti beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekiranya mereka mampu menghadiah­kan emas di temasya Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Itu janji 100 Plus kepada beregu negara selepas mereka dilantik sebagai duta baharu yang akan mengibarka­n jenama minuman isotonik itu dengan kontrak perjanjian selama dua tahun.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Pengurus Pemasaran Kanan 100 Plus, Leong Wai Yin sebagai motivasi kepada dua pemain negara itu supaya mereka sentiasa melakukan yang terbaik demi negara.

“Bukan hanya di Olimpik tapi di mana-mana kejohanan sentiasa ada bonus menanti seperti Lee Zii Jia yang menerima RM10,000 selepas dia meraih emas di Sukan Sea.

“Aaron dan Wooi Yik mempunyai masa depan cerah apatah lagi dengan semangat tinggi, sentiasa bekerja keras selain berbakat dan mempunyai potensi yang amat besar, jadi saya yakin dengan kemampuan mereka,” katanya.

Kata Wai Yin, pemilihan pasangan negara itu adalah berdasarka­n pencapaian mereka yang memberikan impak besar di pentas antarabang­sa selepas berjaya menembusi ranking 10 teratas dunia dengan berada di tangga kesembilan, kedudukan tertinggi buat pasangan negara sebelum tercetusny­a wabak Covid-19.

Sementara itu, bagi Aaron-Wooi Yik, mereka berjanji memberikan persembaha­n terbaik sebagai membalas kepercayaa­n 100 Plus kerana biarpun berada dalam keadaan genting dengan banyak kejohanan terpaksa dibatalkan, syarikat itu tetap tampil memberi sokongan dan tajaan.

“Pemilihan kami sebagai duta 100 Plus memberi kami motivasi dan bukan tekanan. Ketika masa susah seperti sekarang, tiada kejohanan tapi 100 Plus tampil memberikan sokongan daripada belakang untuk kami terus berusaha.

“Kami berjanji untuk bekerja lebih keras selepas ini dan merangkul lebih banyak kejayaan. Paling utama adalah cuba untuk mendapatka­n pingat di Olimpik dan Kejohanan Dunia tahun depan,” kata Aaron.

Sebelum Aaron, 23, Wooi Yik, 22, Datuk Lee Chong Wei dan Zii Jia juga dilantik sebagai duta syarikat itu.

 ??  ?? WAI Yin (tengah) bersama Aaron (kanan) dan Wooi Yik selepas majlis menandatan­gani (MoA) di antara mereka bersama 100 Plus di Akademi Badminton Malaysia, semalam.
WAI Yin (tengah) bersama Aaron (kanan) dan Wooi Yik selepas majlis menandatan­gani (MoA) di antara mereka bersama 100 Plus di Akademi Badminton Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia