Harian Metro

Norizam mahu bina pusat latihan TRW

- Oleh Nor Amalina Alias cnews@nstp.com.my

Bachok:

Pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamburger berhasrat membina pusat latihan khas The Red Warriors (TRW) bertaraf antarabang­sa bagi mengembali­kan pasukan itu sebagai jagoan bola sepak negara.

Zambuger berkata, pusat itu akan dilengkapi gimnasium, bilik pemulihan pemain, lampu limpah, kafetaria dan padang mengikuti spesifikas­i Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (Fifa) yang dijangka menelan kos antara RM5 juta hingga RM10 juta.

Katanya, dia kini sudah mengenal pasti tiga lokasi di Kota Bharu dan sekitar untuk membina pusat berkenaan yang dijangka dilaksanak­an sebaik semua proses rundingan dibuat.

“Pembinaan pusat latihan ini antara langkah pertama saya selepas mengambil alih pasukan Kelantan, kita nak wujudkan pusat ini supaya pemain dapat berlatih di satu kawasan khas hari-hari, lengkap dengan fasiliti seperti bilik pemulihan, tempat mandian ais dan lampu limpah untuk persiapan musim 2020/21.

“Benda (fasiliti) nampak kecik tapi sebenarnya sangat penting untuk persediaan pemain dan pengurusan, malah kalau boleh kita harap dapat buat padang latihan berbumbung, padang sintetik namun semua ini akan dibuat secara berperingk­at,” katanya pada sidang media selepas pelancaran jersi baharu pasukan TRW di Sudara Beach Resort di sini, malam kelmarin.

Zamburger berkata, dia turut mendapatka­n pandangan pengurusan terutama ketua jurulatih, Yusri Che Lah dalam pembinaan pusat berkenaan.

“Saya tidak berniat nak cat semula stadium atau perkara yang tidak penting sebaliknya kita lebih fokus kepada keperluan pemain dan pengurusan, contohnya kita akan adakan kerjasama dengan Fakulti Sains Sukan

Universiti Sains Malaysia (USM) dari teknik dan taktikal malah saya juga ada perjumpaan dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor untuk dapatkan tip dan pandangan beliau kerana pasukan Johor antara pasukan bola sepak yang bagus berbanding Kelantan yang banyak ketinggala­n.

“Jadi, ini sebahagian usaha awal saya untuk meletakkan Kelantan sebagai pasukan terbaik bola sepak negara, dan kalau boleh mengembali­kan rekod juara seperti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Zamburger turut melancarka­n tiga jersi rasmi pasukan bola sepak itu yang kini dikenali sebagai TRW Kelantan FC dengan warna merah sebagai jersi tuan rumah dan hitam di tempat lawan.

 ??  ?? NORIZAM (tengah) ketika melancarka­n jersi baharu TRW Kelantan FC, semalam.
NORIZAM (tengah) ketika melancarka­n jersi baharu TRW Kelantan FC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia