Harian Metro

JDT di ambang juara

Aksi berdepan PJ City peluang Harimau Selatan raih trofi liga

- Oleh Syazwan Msar dan Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh menoktahka­n kejuaraan Liga Super lebih awal seandainya berjaya menewaskan Petaling Jaya City FC (PJ City) dalam aksi kesembilan saingan liga itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Apapun, skuad kendalian Benjamin Mora perlu menunggu keputusan aksi Kedah menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, esok sebelum ‘berpesta’ menyambut kejuaraan liga buat kali ketujuh berturut-turut jika skuad Lang Merah gagal melakar kemenangan.

Selepas lapan perlawanan, JDT gah di takhta liga dengan mengumpul 22 mata, manakala Kedah di tangga kedua, 16 mata.

Namun Mora enggan memikirkan pemburuan kejuaraan liga kali ketujuh itu, sebaliknya pengendali kelahiran Mexico ingin memberi sepenuh tumpuan bagi persiapan mengharung­i aksi menentang skuad kendalian K Devan.

Mora juga menyifatka­n PJ City adalah pasukan yang mampu melakar kejutan seandai pemain JDT bersikap sambil lewa dalam perlawanan itu kelak.

Malah beliau mengingatk­an setiap pemain supaya memberi fokus melebihi 100 peratus untuk memastikan misi membawa pulang mata penuh terlaksana.

“Walaupun mereka berada di kedudukan ke-10 liga, bukan bermakna mereka pasukan lemah. Kita kena berwaspada kerana mereka akan turun dengan bermati-matian bagi mengelak berada di zon penyingkir­an.

“Saya akan merangka strategi ampuh dan memberitah­u kepada pemain aksi menentang PJ City ibarat perlawanan awal musim dan tidak boleh ambil mudah. Kami anggap ia juga bagaikan aksi final dan semestinya setiap pemain perlu beri komitmen tinggi sepanjang 90 minit perlawanan.

“Ia perlawanan sukar buat kami. Malah kami perlu bermain dengan corak permainan berhati-hati bagi mengelak kesilapan yang mungkin akan membawa padah. Sejak musim lalu pasukan PJ City adalah pasukan sukar untuk ditewaskan,” katanya.

Mengulas mengenai status Mauricio Dos Santos sama ada pemain import dari Brazil itu akan diturunkan pada aksi menentang PJ City, Mora menegaskan pemain itu sedang giat menjalani latihan bagi meningkatk­an kecergasan selepas tidak diturunkan akibat penggantun­gan satu perlawanan ketika JDT membelasah Selangor 6-1, Sabtu lalu.

“Kita tengok dulu kecergasan Mauricio dan dia sekarang sudah menjalani latihan, namun jika keadaan masih tidak mengizinka­n untuk turunkan dia, kami ada alternatif lain untuk mengukuhka­n benteng pertahanan,” katanya.

Sementara itu, PJ City masih bermotivas­i tinggi bagi menghadapi JDT biarpun masih tercari-cari sentuhan kemenangan sejak enam perlawanan lalu.

Ketua jurulatihn­ya, K Devan, tidak menafikan mereka berada dalam keadaan terdesak mencari kemenangan berikutan kedudukan pasukan yang kini berada di tangga kesepuluh di samping hanya satu mata memisahkan ‘The Citizens’ daripada Sabah yang berada dalam zon penyingkir­an.

Motivasi tunggal buat Devan dalam meniupkan semangat kepada anak buahnya ialah kemenangan yang pernah dilakar pada musim lalu ke atas juara enam kali Liga Super itu di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.

 ??  ?? PENYERANG JDT, Safawi Rasid (kiri) menjalani latihan menjelang aksi menentang PJ City.
PENYERANG JDT, Safawi Rasid (kiri) menjalani latihan menjelang aksi menentang PJ City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia