Harian Metro

‘CUCI’ SATU BALAI

Bukan saja Langkawi ‘dilawati’ Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, malah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

- Oleh Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Hasil pendedahan Harian Metro mengenai pembabitan anggota polis dalam melindungi kegiatan pengedaran dadah di Pulau Langkawi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan drastik termasuk memindahka­n beberapa anggota yang disyaki serta melaksanak­an ujian saringan air kencing ke atas semua anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi. Selain itu, pasukan dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman juga dilaporkan sedang berkampung di pulau peranginan itu bagi melakukan siasatan berhubung kes berkenaan, lapor Skuad Khas Harian Metro

Seorang anggota polis yang dipercayai ‘memayungi’ kegiatan dadah di Langkawi dan dikenali sebagai Mr N sudah diarah berpindah tugas dari pulau itu.

Difahamkan, dua lagi anggota turut dipindahka­n kerana dipercayai terbabit sama dengan Mr N seperti mana yang didedahkan akhbar ini awal bulan ini.

Dalam perkembang­an sama, Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi bukan saja ‘dikunjungi’ Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, malah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman juga sudah berada di situ bagi melakukan siasatan.

Harian Metro turut dimaklumka­n, ujian saringan air kencing juga sudah dilakukan di IPD Langkawi.

Wartawan cuba mendapatka­n Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan bagi mendapatka­n ulasan berkaitan perkembang­an terkini itu. Dan setakat ini, belum mendapat jawapan.

Harian Metro dalam laporan eksklusif bersiri bermula 3 September lalu mendedahka­n bagaimana satu organisasi dadah terancang didalangi ‘orang dalam’ yang dikatakan punca utama kegiatan haram di pulau peranginan terkemuka itu gagal dikekang secara total.

Mereka dikatakan bersekongk­ol dengan seorang pengedar dadah tempatan bernama Mat Nahar atau digelar Pablo Escobar bagi menjalanka­n kegiatan penyeludup­an dan pengedaran dadah.

Siri kedua sehari kemudian, akhbar ini dengan tajuk utama Konspirasi atau Tragedi menyiarkan kematian Mat Nahar dalam satu kes kebakaran rumahnya pada 1 April tahun lalu dan dalam tragedi itu anak lelakinya berusia enam tahun serta isterinya turut maut.

Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam reaksi segera kepada Harian Metro dilaporkan berkata, PDRM mengakui kewujudan kegiatan penagihan dan penjualan dadah di Pulau Langkawi yang dipercayai didalangi anggota polis dan konco-konconya.

Harian Metro mendedahka­n Mr N adalah anggota polis yang juga individu bertanggun­gjawab merekrut Mat Nahar sebagai sumber atau istilah polisnya ‘sera’ atau bahasa kampungnya ‘hantu polis.’

Mat Nahar didaftarka­n sebagai sumber pada 2012 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan menjadi orang hubungan Mr N sejak itu hingga dia mampu membina empayar dadahnya sendiri.

Susulan pendedahan demi pendedahan berkenaan, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superinten­dan Mohd Iqbal Ibrahim memaklumka­n dua anggota dari Balai Polis Kuah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan itu.

Selain mereka, Mohd Iqbal memaklumka­n, dua orang awam turut ditahan berkait isu sama.

Difahamkan, dua individu terbabit adalah tokan dadah yang juga disiasat mengikut LLPK.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 05 September lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 05 September lalu.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 03 September lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 03 September lalu.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 04 September lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 04 September lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 21 September lalu.
LAPORAN Harian Metro, 21 September lalu.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 10 September lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 10 September lalu.
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 09 September lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 09 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia