Harian Metro

IBU DAN KEKASIH KE TALI GANTUNG

-

Georgetown: “Kamu akan digantung sehingga mati,” ujar Pesuruhjay­a Kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, semalam, ketika menjatuhka­n hukuman terhadap pasangan kekasih yang didapati bersalah membunuh anak wanita itu, enam tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, R Saravanan, 30, dan T Gayathry, 36, yang didapati bersalah membunuh anak wanita itu di akhir kes pembelaan.

Dalam keputusann­ya, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.

“Selepas mengambil kira semua bukti dikemukaka­n, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.

“Kedua-dua tertuduh didakwa atas pertuduhan membunuh yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. Mahkamah ini perlu menjatuhka­n hukuman mengikut undang-undang.

“Oleh itu mahkamah ini menjatuhka­n hukuman gantung mandatori terhadap kamu berdua. Kedua-dua kamu akan digantung di leher sehingga mati,” katanya.

Kedua-dua tertuduh yang berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang namun Gayathry dilihat mengesat air matanya.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa membunuh kanak-kanak, S Kaviarasan, lima tahun, yang juga anak Gayathry di tepi jalan Ladang Permatang Sera, Bukit Tengah, jam 8 hingga jam 11.25 pagi, antara 20 dan 29 September 2014.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumka­n pihaknya akan mengemukak­an rayuan terhadap hukuman itu.

 ??  ??
 ??  ?? SARAVANAN
GAYATHRY
SARAVANAN GAYATHRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia