Harian Metro

BIDIK 9 DAS TEPI SEKOLAH

Ahli perniagaan, pengawal peribadi cedera ditembak dua lelaki bermotosik­al turut rempuh tiga pelajar

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Sekurang-kurang sembilan das tembakan dilepaskan oleh dua suspek bermotosik­al yang menyerang seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadiny­a dalam kejadian di Jalan Sultan Abdul Samad, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitend­an Azizan Tukiman berkata, ia berdasarka­n penemuan sembilan kelongsong peluru di lokasi kejadian.

“Bagaimanap­un, polis masih belum pasti berapa banyak peluru mengenai dua mangsa terbabit yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

“Berhubung pelajar yang dirempuh kereta mangsa, ketiga-tiga mereka tidak cedera serius dan kini menerima rawatan di Hospital Banting,” katanya, semalam.

Beliau berkata, kejadian tembakan sekitar jam 12.45 tengah hari itu berlaku kira-kira 100 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok.

Katanya, ketika kejadian pelajar terbabit menunggu di tepi jalan selepas selesai sesi persekolah­an sebelum dirempuh mangsa yang hilang kawalan selepas ditembak.

“Sebelum kejadian tembakan berlaku, dua mangsa

Berhubung pelajar yang dirempuh kereta mangsa, ketiga-tiga mereka tidak cedera serius”

Azizan

dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di sebuah kedai di Sungai Manggis, Banting.

“Berdasarka­n siasatan awal, polis tidak tolak kemungkina­n tembakan berlaku akibat masalah perniagaan dan pergaduhan di antara dua kumpulan,” katanya.

Azizan meminta orang ramai yang menyaksika­n kejadian tembakan itu tampil di balai polis berhampira­n atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk membantu siasatan.

 ??  ?? KERETA dinaiki ahli perniagaan dan pengawal peribadiny­a yang ditembak.
PELAJAR yang cedera selepas dirempuh kereta mangsa di SMK Telok Datok, semalam.
KERETA dinaiki ahli perniagaan dan pengawal peribadiny­a yang ditembak. PELAJAR yang cedera selepas dirempuh kereta mangsa di SMK Telok Datok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia