Harian Metro

Kota Setar ‘bebas’, Tongkang Yard lanjut

-

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbira­n (PKPDP) di Daerah Kota Setar, Kedah yang bermula pada 11 September lalu tamat semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata bagaimanap­un PKPDP secara bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard (Seberang Perak) dilanjutka­n hingga 7 Oktober ini kerana daerah itu berisiko tinggi penularan Covid-19.

“Seramai 94 penduduk di lokasi itu sudah disaring dan sembilan daripadany­a didapati positif Covid-19.

“Pelanjutan tempoh ini diperlukan bagi membolehka­n saringan kedua dilakukan Kementeria­n Kesihatan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat kawalan pergerakan di lokasi itu bagi memastikan semua penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan perintah kuarantin di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok Lama di Alor Setar juga ditutup bermula hari ini hingga 9 Oktober.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PDRM menahan 78 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah

Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, dan daripada jumlah itu, 74 individu dikompaun manakala empat direman.

Antara kesalahan tertinggi dilaporkan ialah 23 individu tidak memakai pelitup muka, 18 individu keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD dan 12 individu ditahan di kelab malam.

“Kesalahan lain ialah gagal menyediaka­n peralatan merekod butiran diri (11), premis beroperasi tanpa kebenaran (8), kesalahan penjarakan fizikal (3) serta tangkapan pendatang asing tanpa izin (3),” katanya.

Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata seramai 42 pendatang tanpa izin, dua tekong dan dua penyeludup ditahan selain rampasan sembilan kenderaan darat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata seramai 34,027 individu sudah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa sejak 24 Julai lepas dan ditempatka­n di 65 hotel dan sembilan premis lain termasuk institut latihan awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

23 individu tidak memakai pelitup muka, 18 keluar rumah tanpa alasan

 ??  ?? SEORANG penduduk mengintai dari jauh di jendela rumah mereka selepas Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak itu ditutup berikutan penularan Covid-19.
SEORANG penduduk mengintai dari jauh di jendela rumah mereka selepas Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak itu ditutup berikutan penularan Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia